Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tekanan Dan Bunuh Diri

Tekanan Dan Bunuh Diri

 

Assalamualaikum... 

 

Penat betul hari ni rasanya. Bila pagi dah negative vibes mula la sampai ke petang ke malam boleh jadi negative. Jam 3 petang baru sampai rumah. Masa masuk kat kawasan rumah tadi nampak ada polis dan bomba. Haishhh pelik pula rasanya kenapa sampai ada polis dan bomba then dorang mendongak ke atas. Rupanya ada orang nak bunuh diri. 

 

Mula la Lurviey pun kepochi nak tengok juga lepas tu sibuk tanya aku kenapa jadi macam tu eh etc.. Cuba terangkan kenapa jadi macam tu. Yang aku tahu time aku belajar dulu orang yang bunuh diri ni memang dah lama ada suicidal thought cuma nak buat ke tak tu je. Mungkin bila terlalu tertekan dan tak dapat nak hadap lagi tekanan, tingkah laku untuk bunuh diri pun berlaku. Moga moga tiada apa yang berlaku. Aku naik rumah tadi aku tengok ada lagi lori bomba bersama kren sampai beserta ambulans. Tak pasti apa yang happen sebab bukan kat blok aku.  


Aku dulu pernah handle kes student yang ada suicidal thought ni. Tapi Alhamdulillah sepanjang aku handle sesi kaunseling dengan pelajar tu, dia ok je dan hanya sekadar suicidal thought sahaja. Ada intention untuk cederakan diri tapi tak buat. Aku refer kat supersivor aku kes ni sebelum aku tamat praktikal. Punca pelajar ni ada suicidal thought adalah di sebabkan oleh physical appearance dan rejection. Bukan perempuan tau tapi lelaki. Biasanya kalau sebut physical appearance ni terus pop up kat otak perempuan.  Harap dia ok dah sekarang dan boleh belajar untuk terima rejection. Dalam hidup ni memang penuh dengan rejection tak kira la dalam personal life atau pun kat tempat kerja.


It's play to get rejected by the one whom you loved or liked the most because life doesn't end there. Life is something beyond that. So, just accept all the rejection of your life and move on.


Penting juga untuk surround with good people bukan yang jenis toxic. Yang jenis toxic ni la akan mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya. 


P/S: Semoga baik baik sahaja. Aku dengar ada bunyi siren lagi masuk kat area rumah aku ni.



6 Comment for "Tekanan Dan Bunuh Diri"

Banyak aje kes bunuh diri sekarang..tkenan hidup pasti..last 2 weeks pun ada kat area Brickfield bawah ni ha...menakutkan...

Uncle pun pernah cari2 info tentang ni di utube...

Banyak kes bunuh diri sekarang ni. Masing masing ada struggle yang mungkin tak dapat dibendung lagi. Penting orang sekeliling faham dan bercampur dengan orang baik baik.

Kadang kadang yang toxic tu yang paling dekat dengan mereka (toxic family). Nak lari pun tak boleh. Hadap jela hmm

Semoga kita terhindar dari benda-benda macam ni.

It is normal untuk seseorang ada suicidal thought ni?

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top