Minggu Depan Dah Bersalin
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya korang. Sepanjang bulan puasa hari memang tak sempat langsung nak menulis kat sini walaupun banyak sangat benda nak bercerita. Setiap hari sibuk dengan urusan pindah rumah. Bulan puasa memang buat sikit sikit je dan kebetulan rumah yang aku nak masuk pun ada banyak yang nak kena siapkan memandangkan tuan rumah dah tinggalkan rumahnya almost 1 year. Banyak nak kena kemas sebelum kami masuk. Alhamdulillah settle seminggu sebelum raya.
Menunggu turn kat farmasi untuk ambil Dexa. |
Raya, raya juga tapi aku punya paras gula agak hancur sebab makan sepanjang bulan puasa tak terurus sangat. Bacaan pagi aku lari sikit. Masa jumpa doktor melayu, dia cakap kena teruskan control diet. Next week lepas tu aku jumpa doktor sikh plak review aku punya BSP terus kena on Metformin. Stress betul aku. Bila dah kena on meds means kena beranak minggu ke 38.
Dengan ini, aku akan bersalin Selasa depan 17/5 secara Czer. Doakan kami selamat dan dipermudahkan ye.
Kenapa Czer? Sebab baby besar dan aku pun tak pernah fikir pasal nak VBAC pun lepas beranak Naura 3 tahun lepas. So, proceed je la Czer walaupun ada rasa takut juga ni.
15/5 ni dah kena warded. 8 pagi harus ke PAC untuk PCR dan cucuk dexa. Aku pelik juga kenapa nak dexa lagi sebab biasanya dexa kalau dah terms tak perlu pun. Tapi doktor bagitau aku hari tu kat aku disebabkan bawah 39 minggu jadi kena cucuk dexa. 4 dos pula tu. Ahad dan Isnin Dexa, Selasa baru Czer. Jumaat ni sambut birthday Naura yang ketiga dulu. Ahad mommy dah kena warded. Ikutkan nak pilih tarikh sama macam Naura tapi tu la, tak sampai 38 weeks pun lagi. Mommy dah mula risau nak tinggalkan Naura dekat rumah nenek. Hope semuanya ok ok je.
P/S: Kaki aku dah mula bengkak. Risau pula. Lusa check up last kat KK sebelum serah diri kat HTA.
8 Comment for "Minggu Depan Dah Bersalin "
semoga dipermudahkan segala urusan!! fighting mummy!
semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga semuanya baik2 saje..
ibu dan baby selamat.. insyaAllah.. aamiin..
=)
Alamak..memang kena operate ke...aduhai..terus ngilu perut akak
Semoga semuanya berjalan lancar...
don't worry you are in good hands
Semoga dipermudahkan urusan dan tahniah atas kelahiran anak kedua ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)
Semoga Allah permudahkan segala urusan naniey, semoga ibu dan baby selamat dan baik baik. Aamiin...
selamat hari raya nani... selamat berpantang... take care tau
Selamat Hari Raya dan selamat berpantang..
Semoga semuanya selamat
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)