Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah
Assalamualaikum...
Alhamdulillah aku selamat bersalin 18 May lalu dan pengalaman kali ni pun memang tak dijangka langsung. Seperti pengalaman aku bersalin Naura dulu, aku tak sangka kena hadap emergency czer disebabkan kedudukan kepala Naura yang tak boleh keluar walaupun bukaan sudah penuh. Sepatutnya aku akan czer pada 20 May hari Jumaat dan perlu admit wad 2 hari lebih awal untuk suntikan dexa 4 dos.
Dexa 4 dose |
Suntikan dexa 4 dos bertujuan untuk matangkan paru paru baby. Beberapa nurse pelik kenapa perlu dexa sedangkan sudah cukup bulan (38 minggu). Yang aku tahu aku perlu cucuk dexa disebabkan GDM. Doktor tak nak nanti ada masalah pernafasan pada baby masa lahir.
18 May 2022
Pagi aku bersiap ready untuk admit wad, kemas rumah, dan siapkan Naura dan kelengkapan dia sebelum hantar rumah mama. Sedih gila time ni sebab ni kali pertama aku akan berpisah lama dengan Naura. Naura memang dah meraung menangis la. Aku menangis lepas dah gerak dari rumah mama. Risau juga sebab aku takut nanti czer tu aku meninggal ke. Dah tak dapat jumpa anak aku.
Sampai Hospital Tunku Azizah terus ke PAC dan serahkan result PCR yang aku buat kat Klinik Daddy Greenwood. Wajib buat PCR sebelum admit ward. Settle register kat PAC tu terus naik ke tingkat 7 wad 7A. Lurviey teman aku sampai luar je sebab memang tak boleh masuk dalam wad kecuali waktu melawat sahaja.
HOSPITAL TUNKU AZIZAH HKL BOLEH MELAWAT DAN SUAMI BOLEH TEMAN DI LABOR ROOM.
Syarat dan waktu melawat di Hospital Tunku Azizah |
Masuk wad, kena salin pakai baju pink dan nurse check BSP. No outside food for those yang ada GDM. Nurse bagitau kena buat 7 kali BSP sehari. So, tak boleh la nak melantak sesuka hati. Waktu makan je boleh makan. Kemudian kena puasa. Untuk yang GDM ada 5 kali waktu makan iaitu, sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, dan minum malam. Minum malam tu memang aku tak kan minum la sebab dorang sediakan susu untuk orang GDM. Aku memang nak muntah kalau minum susu je.
Dah siap salin baju, doktor datang review buku pink kemudian nak cucuk ambil darah dan buat CTG. Dari bacaan CTG tu ada mild contraction which is aku rasa biasa je. Dah settle semua review oleh doktor, aku relax sambil tengok drama kat fon aku. Nurse bagitau pukul 11 pagi nak cucuk Dexa dan nurse minta pergi toilet untuk kencing.
First dose dexa lebih kurang jam 11.30 pagi. Nurse bagitau akan rasa sakit sikit. MEMANG SAKIT CUCUK DEXA NI. No wonder ramai yang komen kat group bagitau sakit sangat cucuk dexa ni. Ni kali pertama aku rasa sakit ubat yang masuk dalam badan aku. Mengalir air mata menahan ubat yang menjalar masuk dalam badan.
Lunch sebelum 'turun tanda' |
Settle dexa, aku baring dalam keadaan kelaparan dan tak sabar nak tunggu lunch. 12.30 lunch sampai dan aku terus makan semua licin. Memang sedap dan kenyang. Alhamdulillah.
Dalam setengah jam lepas lunch aku baring mengiring tetiba terasa macam air keluar. Aku ingatkan aku nak kencing. Then aku bangun nak pergi toilet, dan makin banyak air yang keluar beserta darah. Ok, air ketuban aku pecah kot. Aku pergi kat kaunter bagitau nurse. Aku pun panik time ni sebab masa Naura dulu tak de turun tanda macam ni pun. Nurse suruh baring dan kemudian dorang check jalan (VE) dan pasang CTG. Contraction dah start dan aku masih boleh tahan berbanding masa Naura dulu aku meraung. Ingat balik memang malu pula rasanya. Lol !
Time ni contraction dah kuat tapi aku masih boleh tahan. Masa doktor VE dia cakap bukaan dah 3cm. Doktor cakap tak boleh nak tolak ke OT lagi sebab aku baru je habis makan. Risiko tinggi. Prosedur boleh dilakukan selepas jam 7 malam. Risau weh aku. Time ni Allah je tahu perasaan aku. So aku baring je la layan contraction dan bila aku tak tahan, aku angkat tangan panggil nurse cakap tak tahan sakit dah. So, nurse check jalan bagitau dah 7cm. Lagi aku berdebar. Dorang dah kalut dah. Dalam kalut dan nak tolak aku ke LR singgah depan kaunter then doktor VE check dah fully 10cm. Alamak weh !
Aku terus tanya doktor kalau aku try normal boleh tak? Doktor cakap keputusan kat tangan aku. Doktor jelaskan kalau czer risiko makanan masuk paru paru. Terus aku teringat movie Ankur Arora Murder Case tu. Mati tau budak tu disebabkan sekeping biskut je sebelum operation. Di sebabkan ni aku VBAC. Tak sempat sign form VBAC pun. Risiko VBAC adalah rahim pecah. If rahim pecah kena operation untuk betulkan, kata doktor. Selain tu, disebabkan baby besar boleh patah bahu.
Aku call Lurviey minta dia terus ke LR dan jumpa aku kat situ. Result RTK Lurviey ada dengan aku dah. Masuk dalam LR tu aku punya berdebar tak tahu nak cerita macam mana. Nurse terus pasang CTG kat perut aku. Doktor dan nurse pun dah ramai dalam bilik masa tu. Dah get ready untuk PUSH !! Macam mimpi pula aku kena hadap situasi ni. Tapi ni realiti yang aku kena hadap juga. Ramai tau kat LR masa aku nak beranak tu bagi support macam pom pom girl. Aku rasa ada dalam 15 orang kat dalam tu.
Alhamdulillah 4.26 petang lahirlah baby boy dengan berat 3.83kg. Terkejut aku bila tau berat baby sebab last scan seminggu sebelum tu 3.3kg macam tu. Bila dah besar macam tu dan kali pertama pula beranak normal confirm la kena gunting dan banyak jahitan. Masa bila kena gunting pun aku tak pasti sebab tak rasa dek sakitnya nak beranak tu.
Panjang sangat entri ni. Nanti aku sambung part 2 kalau rajin.. In case ada yang tertanya berapa kos rawatan bersalin kat HTA, nak aku sertakan kat bawah ni..
HARGA/KOS RAWATAN BERSALIN DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH HOSPITAL KUALA LUMPUR
P/S: Hari ke 10 dah hilang 12kg. Happy betul rasa..
8 Comment for "Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah "
Tahniah Naniey, selamat berpantang.
Tahniah kak naniey! Selamat berpantang! Berat jugakk tuuuu hahaha, tapi Alhamdulillah cukup sifat dan sihat semuanya.
Alhamdulilah, semuanya sudah selesai. Selamat berpantang :)
Berair mata juju baca setiap bait penulisan naniey tau... sebab juju pun bercita-cita nak beranak di sini juga sebab dekat dengan pejabat dan rumah. Tahniah selamat melahirkan baby boy seberat 4kg lebih, sure comel sgt ni. Semoga ibu dan anak dalam keadaan sihat walafiat. Update lagi tau... juju tunggu.
Alhamdulillah! Wow...3.83kg!
alhamdulillah mama tumpang gembira dipermudahkan urusan kelahiran baby boy.. tgk tangan montel baby boy pun dah seronok ni. selamat berpantang naniey. jaga diri bebaik
Alahmdulillah..tahniah...selamat berpantang tau...
tahniah atas kelahiran bayi. boleh ke kongsikan kos bersalin di HTA? Sebab saya pun bercadang untuk bersalin di sana.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)