Resepi Ibu Berpantang Sawi Tumis Air
Assalamualaikum
Bila berpantang ni mak mak mula berpesan tak boleh makan itu tak boleh makan ini. Aku ikutkan je. Mana yang boleh ikut kita ikut je. Rasanya ramai yang tahu lauk berpantang ni sihat cuma bila habis pantang je mula la ke laut kan cara pemakanan. Lol...
Sepanjang tempoh 12 hari ni, aku makan sup lobak putih, sawi tumis air cara aku, salmon grill dan lauk limpa dan hati yang mama masak. Dan sepanjang 12 hari ni masakan yang aku masak bebas halia, lada hitam, kunyit sebab baby kuning. Nurse dah ingatkan elakkan dulu bahan ni dalam masakan.
Resepi Sawi Tumis Air Ibu Berpantang
Bahan Bahannya
- Sawi atau Pak Choy
- Bawang Putih hiris
- Carrot
- Mushroom Seasoning - boleh order kat sini
- Olive oil - untuk menumis
- Sedikit air
Cara-caranya
- Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan carrot.
- Selepas carrot dah lembut boleh masukkan sedikit air, seasoning dan sawi atau pak choy.
- Siap ! Makan dengan nasi panas.
Sepanjang pantang ni juga aku tak makan kuah banjir. Jadi sawi tumis air ni pun tak de kuah sangat pun. Mudah dan sedap ! Target aku memang nak turunkan berat badan sebab pregnant kali kedua ni teruk sangat berat aku. So far dah loss 12kg. Aku nak lima enam kilo lagi then done.
Pagi ni nak ke KKIA untuk check up kuning baby. Harap baby boleh discharged jaundice ASAP. Sian kat baby kena cucuk ambil darah. Nurse dah tak datang melawat rumah dah. 10 hari ke bawah sahaja nurse akan buat lawatan check up kat rumah. Check up hari ke 15 dan 20 di KKIA
P/S: Dah boleh start fikir bisnes balik ni. Lama sangat aku bercuti.
10 Comment for "Resepi Ibu Berpantang Sawi Tumis Air"
Selamat berpantang.Nani
sayur ni org x pantang phn sedapp he he
senang juga naniey nak turun berat tu.. selamat berpantang ye sedap sawi tumis air..
Banyaknya turun kg! Tahniah dan moga tercapai target.
Alaaa... cuti la panjang sikit...
Selamat berpantang
Mudah2an baby dah normal tak kuning lagi
sedap lauk sayur ms berpantang ni.. kalau sy suka letak ikan bilis byk... mkn panas² dgn nasik panas
Wow. Banyak hilang berat tu. Apa-apa pun selamat berpantang nani 😊💕
Lauk macam ni bukan setakat utk org berpantang je..tak pantang pun boleh makan ni...haha
lauk ni untuk yang tak berpantang pun menyelerakan ni..
Wah kak naniey dah selamat melahirkan anak rupanya. Selamat berpantang. Kita simpan resepi ini untuk kakak kita yang bakal bersalin tak lama lagi
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)