Baby Prolonged Jaundice
Assalamualaikum...
Paling menakutkan mak mak bila anak jaundis lama selepas lahir. Dalam kesakitan yang masih belum hilang, tetap gigih ke klinik untuk check up jaundis.
Prolonged Jaundice ialah apabila kekuningan melebihi 14 hari bagi bayi yang lahir cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang.
Bacaan kuning baby
Disebabkan hari keenam belas masih ada kuning, jadi doktor minta buat ujian darah untuk tengok buah pinggang etc. Baby adik aku yang lahir 20 hari lebih awal dari baby aku ni pun prolonged jaundice juga tapi kena buat ujian darah dan ujian air kencing.
Alhamdulillah tadi dah dapat result VSB dan hari ni kena buat juga TSB. Bacaan TSB hari ni 78.66 dan doktor kata dah tak de kuning dah. Syukur. Bacaan mesti dibawah 85. Result VSB pun normal. Syukur...
Teringat masa Naura hari ketiga bacaan TSB 282 dan terus doktor refer ke Pediatrik HKL untuk warded. 2 malam aku warded kat situ dengan Naura. Tips turunkan kuning hanya dengan susukan baby dengan kerap dan bagi baby berak dan kencing dengan kerap. Cepat kuning turun.
Hari ni last aku check up kat KK. Lepas ni check up baby je la dan juga cucuk depo. Settle check up teman Lurviey ke JPN daftar kelahiran baby, tapi aku duk dalam kereta je la. Malas nak balik rumah lagi. Lama terperuk kat rumah.
P/S: Hari ni kali kedua layan movie RRR kat Netflix. Naura pun pandai layan movie tamil dah. Hehe..
4 Comment for "Baby Prolonged Jaundice "
Kesian baby bila kuning kena amek sempel darah tu
Siapa yg ajar naura layan tamil...? heheheh
baby zaman skrg mmg kerap kena prolong jaundice. insya allah ok as long as nyusu badan..
anak ammi yg bongsu pun prolonged jaundice juga. every alternate day ammi akan ke hospital utk ambil darah. last sekali ada ahso cina kat pasar kata...beli anggur hitam, ambil isinya dan titikkan setitik dua dalam mulut baby.
Dengan izin Allah...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)