Cenderahati Dari Hospital Tunku Azizah
Assalamualaikum...
Balik dari LR ke wad, nampak ada plastik purple kat meja katil aku. Aku tak larat nak pegang dan tengok pun apa yang ada dalam plastik tu. Hari ke 12 pantang aku baru buka plastik ni. Tak sangkat pula dapat cenderahati dari HTA ala ala hospital swasta gitu.
Masuk wad kali ni aku masih pilih wad kelas ketiga walaupun Lurviey minta tukar wad kelas satu atau kelas dua. Aku cakap buat apa nak bazir duit sedangkan wad kelas ketiga pun tetap selesa. Mungkin kurang selesa time orang melawat je la kot. Aku ok je. Wad lama dulu pun aku rasa selesa je apatah lagi wad baru ni. Wad baru ni setiap ruang ada toilet sendiri. Satu ruang tu ada 6 katil dan ada 2 toilet beserta water heater. Setiap katil ada kerusi, ada almari pakaian, dan side table untuk letak barang dalam tu. Selesa la kan?
Cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah buahan, kuih muih, duit dan sebagainya. Manakala cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen dan lain lain.
- Drypers Wee Wee Dry Sample NB Size 2pc
- Drypers Wee Wee Dry Sample S Size 2pc
- Drypers Baby Head To Toe Sample
- Voucher Drypers worth RM25
- Mamy Poko Extra Dry NB Size 2pc
- Baby Carrie Baby Head To Toe 50g
- Baby Carrie Liquid Cleanser 50ml
3 Comment for "Cenderahati Dari Hospital Tunku Azizah"
Cari lekas sijil nikah tu..nanti lambat daftar kena denda ke tak?
Laaa...letak mana la sijil nikah tu..slow2 cari okey...
"Cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah buahan, kuih muih, duit dan sebagainya. Manakala cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen dan lain lain"
la..bru saya tahu perbezaan 2 perkataan tu..hehehe
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)