Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

EQ Strawberry Farm Cameron Highlands

EQ Strawberry Farm Cameron Highlands 


Assalamualaikum... 

 

Raya kelima hari tu lepas check up kat HTA, terus gerak ke Cameron Highlands. Adik ipar aku yang drive. Mama dan keluarga makcik aku dah gerak satu kereta, dan  bergerak dari Penang. Aku tak pernah sampai lagi Cameron Highlands jadi rasa excited juga walaupun sebenarnya aku malas nak pergi sebab tak larat tapi semua sanggup tunggu aku settle check up dulu baru gerak jadi aku ikutlah. Bila lagi nak pergi kan. Penginapan dah disediakan. Bawa diri dan duit untuk belanja je. 

Jalan agak jem nak sampai ke Sungai Palas sebab mama sewa di Palas Horizon Residence. Apartment tu pun baru siap dan tak ramai orang pun. Petang baru kami sampai sebab jalan terlalu sesak. Ramai ambil kesempatan cuti raya untuk jalan jalan bersama keluarga. Normal la kan jalan sesak musim perayaan. 

Sampai kat Palas Horizon Residence dah lewat petang dan aku memang nampak katil je sebab nak baring dan rehat. Malam memang dah plan nak buat Oden. Memang sedap makan oden panas tempat sejuk. Hehe..  Lepas tu aku rehat sebab dah penat sangat dah. Sian baby dalam perut penat.


EQ STRAWBERRY FARM CAMERON HIGHLAND 

Muka excited nak petik strawberi

Di Cameron Highland ada banyak tempat untuk petik strawberi ni. Kami singgah di EQ Strawberry Farm ni sebab lepas nak ke Kea Farm Market dan ke Cameron Valley sebab mama nak makan scones kat situ sebelum gerak balik KL.

Mama dan adik ipar

Nak petik strawberi kat sini by group di mana 1 group 3 orang dengan bayaran RM40 dan korang dapat 100g strawberi. Kalau korang nak banyak strawberi nanti dorang akan timbang dengan kadar 100g RM8. Murah kan? Bagi aku murah sebab boleh pilih sendiri buah strawberi besar dan merah macam mana yang kita nak. Yang pasti strawberi kat sini memang manis. Benar apa yang dikata. Tapi kalau strawberi dalam pasaraya tak semanis di Cameron Highlands. Adakah sebab petik sendiri? 

Excited nak main gunting sambil petik strawberi

Orang yang paling excited Naura la sebab dua tiga hari sebelum pergi Cameron Highlands ni, nenek dah bagitau dia nak pergi petik strawberi. Sepanjang perjalanan nak sampai ke CH tu Naura asyik duk ulang cakap nak petik ko-e-yi (strawberi). Jenuh nak menjawab ye. 


Alang alang kat sini, aku pun tak nak lepaskan peluang untuk petik strawberi ni. Tak tahu bila lagi nak datang bila mengenangkan jalan nak sampai CH ni azab betul. 

Cik Fardil & anaknya Syifa'


Ni la hasil kami petik dengan mama. Yang besar besar tu mama yang petik dan memang puas hati betul dapat petik sendiri. Total RM100++.  


Jauh disudut hati memang aku nak pergi lagi tapi mengenangkan perjalanan nak sampai ke atas tu yang menakutkan aku, mau fikir lima belas juta kali. Mungkin next time boleh cuba pergi ke Genting Strawberry Leisure Farm. InshaAllah...


P/S: Esok ke KKIA untuk blood test baby.


 

6 Comment for "EQ Strawberry Farm Cameron Highlands "

Makan waktu fresh macam tu memang sedap.

ok kita pun x sabar nak gi petik sttoberi laaa minggu depan...
harap2 takde la ramai org time tu

Alaaaa...terus teringin nak petik strawberry...

family kitaorg baru rancang nak ke cameron tapi jalan tutup pulak :/

Teringin nak pergi cameron. Nak merasa makan strawberri fresh fresh

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top