Miang Pla Poa Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum...
Sebelum aku cerita pasal Miang Pla ni aku minta maaf sebab tak dapat komen blog korang sebab masalah internet kot. Dah banyak kali tekan komen tapi ralat memanjang je. Sakit hati pula aku. Kenapa keluar error occured when publishing your comment. Ada sesiapa tahu tak?
Lama sungguh tak buat Miang Pla. Jadi kelmarin aku minta
Lurviey belikan barang barang untuk buat Miang Pla sebab aku dah bosan
nak makan nasi. Nak diet juga ni sebab minggu lepas dah cucuk depo dan
aku dapat rasa dah side effect depo tu. SELERA MAKAN MACAM GAJAH 😠. Doktor ada tanya ok ke cucuk depo ni? Aku bagitau ni je yang paling the best walaupun selera dan berat bertambah.
Masa
first time buat Miang Pla tahun lepas, aku guna ikan siakap dan kali ni
aku guna ikan talapia merah pula. Rasanya memang sedap. Miang pla ni
memang mudah nak buat cuma sos dia tu la kena cukup bahan. Jadi, sebelum
aku lupa, aku nak letak cara buat sos Miang pla ni supaya aku mudah
rujuk bila nak buat next time.
CARA BUAT SOS HIJAU MIANG PLA
- Bawang putih 5 ulas
- Cili hijau 10 biji
- Sedikit gula nise
- Sos ikan 3 sudu
- Limau kasturi 10 biji
- Daun dan akar ketumbar
- Sedikit air
🠞 Campur kesemua bahan dan blend. Adjust rasa ikut kesesuaian lidah masing masing (adjust manis, masam atau pedas)
Aku
kalau makanan thai ni yang mudah buat aku meleleh air liur bila tengok
video Chumnan. Tengok sos dan seafood tu lagi aku rasa craving gila.
Hari ni last day pantang dan aku rasa teringin nak cari seafood lepas tu
makan dengan sos hijau ni 😋.. Halahhh duk taip ni pun meleleh air liur aku. Miang Pla dah cuba, Miang Kham belum lagi..
P/S: Esok pepagi lagi nak ke KK minum air gula. Doakan aku !
Tag :
resepi
2 Comment for "Miang Pla Pao Mudah Dan Sedap"
Sedap ni
Sedapnya. Teringin nak makan tapi tak terbuat pulak. Kalaulah dapat travel ke thailand, boleh makan puas-puas di sana.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)