Taman Rama Rama Cameron Highlands
Assalamualaikum...
Baru sempat nak tulis tentang Taman Rama Rama Cameron Highlands ni.. Sebelum ke EQ Farm Strawberry kami singgah di Taman Rama Rama Cameron Highlands. Nenek suruh bawa Naura tengok rama rama tapi tak sempat nak jelajah seluruh taman tu pun sebab limitasi masa. Nak berkejar ke Kea Farm dan juga Cameron Valley.
Yuran masuk Taman Rama Rama ni RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak. Naura free masa masuk hari tu. Jimat duit mommy sebab free. Alhamdulillah. Jom masuk Taman Rama Rama.
Rama rama ni masa aku kecil dulu, selalu masuk kat rumah aku. Lepas tu aku tak jumpa dah sampai sekarang rama rama besar macam ni.
Yang ni antara spesis rama rama yang banyak kat situ masa aku pergi.
Rama rama ni pun cantik. Tak banyak sangat spesis rama rama yang ada kat sini. Selain rama rama ada serangga lain yang dah jarang aku jumpa seperti kumbang tanduk, ulat gonggok. Ada juga tarantula dan lain lain serangga.
Cantik kan kaktus dan sukulen ni. Tetiba teringat kat sukulen aku beli dulu. Aku dah hantar balik kampung hari tu, bagi mama jaga sebab masa pregnant aku tak de masa langsung nak tengok pokok sangat. Oh ye, kat Taman Rama Rama ni, sampai sini je aku sempat jalan sebab mama dah panggil nak gerak ke Kea Farm pula.
P/S: Nak buat satu entri tak dapat sebab banyak sangat gambar. Simpan sini sebagai kenangan 😁
4 Comment for "Taman Rama Rama Cameron Highlands "
kita x sempat nk menyinggah kat sini aritu..
stress dgn hujan lebat, jalan jem hahaha
colorful kaktus tu....
tak pernah masuk sini sbb hubby sejenis geli dgn serangga
Tiba2 rindu nk Ch he he
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)