Tepung Kek Coklat Moist Mauri ECO Shop
Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya aku tak buat kek coklat. Rasanya last aku buat kek coklat masa tunang aku dulu. Jadi aku minta Lurviey belikan tepung kek choc moist kat Eco Shop sebab nak buat sama sama dengan Naura. Selalu aku tengok brand Noraini tapi Lurviey cakap brand tu tak de dan yang ada brand Mauri.
Satu pek tepung kek coklat ni dapatlah 6 biji cup cakes ni. Jadi la untuk anak sorang nak makan. Hanya 4 bahan je iaitu telur, minyak, air dan tepung Mauri ni. Aku tak berapa suka resepi yang telur pakai gram bukan biji. Resepi Mauri ni 55g telur, bersamaan 1 biji telur gred A 😁
Rupa dah macam apam mekar |
Kek Kukus Coklat Moist instant ni antara yang paling mudah nak buat. Mudah murah dan jimat.
Nampak tak tekstur kek ni yang sangat lembap. Memang lembap dan sedap. Kalau letak cooking choc ni lagi best ni 😋 . Tepung kek ni sesuai la untuk orang yang kurang masa nak mengayak tepung. Beli yang macam ni je mudah. Kukus pun tak lama dalam 10-15 minit je (bergantung pada bekas korang guna).
P/S: Jumaat ni kena minum air gula (MGTT)
5 Comment for "Tepung Kek Coklat Moist Mauri ECO Shop"
Lama juga tak buat kek...
ada yg instant mcm ni memang senang la keje kan :D
Nampak sedapnyer
Moistnya, sedapp tu.
X penah beli lg yg ni.
blh la nanti try
nampak sedap!!!
biasanya beli brand noraini jgk tp sllu abis..
yg ni blh try jgk ni! nmpk so sedappppppp!
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)