Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Mengurut Semasa Pantang

Pengalaman Mengurut Semasa Pantang

 

Assalamualaikum... 

Baru perasan entri ni aku belum publish lagi. Dah siap lama dah tapi tak scheduled. Adoii la.. Nampak tak semakin hari semakin pelupa dah aku ni. Risau benda kecil pun boleh lupa sekarang ni. Panaskan lauk atas dapur pun boleh lupa. 

Sebenarnya ni kali pertama aku mengurut satu badan. Masa lahirkan Naura dulu tak sempat nak mengurut pun sebab czer dan kononnya nak tunggu masa yang sesuai baru nak cari tukang urut. Belum sempat mengurut dah PKP. 

Di sebabkan kuning Aryan dah ok, aku bagitau Lurviey dah boleh dah nak cari tukang urut. Aku ada contact sorang tukang urut ni tapi harganya boleh tahan juga. Lepas tu masa Lurviey borak dengan Acik Ros sebelah rumah aku ni, Acik Ros bagitau jiran belakang rumah kitaorang ni tukang urut. Terus Lurviey ambil contact Acik Pah belakang rumah ni dan deal untuk urut aku. 


Hari Pertama

Di sebabkan kali pertama urut memang banyak betul angin dalam badan aku. Badan ada sikit ringan lepas mengurut tapi banyak berkumpul kat bahagian perut menyebabkan aku rasa sangat tak selesa. Kalau korang yang jenis banyak angin dalam badan mesti tahu macam mana angin yang berkumpul dalam badan dan tak lepas nak keluar badan. Lepas berurut tu lega betul dapat kentut panjang keluarkan angin. Tak senonoh betul kan aku bagitau tapi aku bagitau juga sebab nak cerita pengalaman aku pertama kali berurut ni. 😂. Malam baru aku rasa lega. Sambil berurut Acik Pah banyak bagi petua juga. Acik Pah ni dah mengurut dari tahun 1995. Memang dah lama dia mengurut.

Hari Kedua 

Hari kedua mengurut ni badan dah tak banyak angin dah. Alhamdulillah. Ringan sangat badan aku bila dah settle urut kali kedua ni. Acik Pah cakap badan aku banyak angin bahagian kiri dan bila Acik Pah tekak kat certain part tu memang terasa sakit lain macam tu. Bahagian kanan aku ok je tak rasa macam bahagian kiri. Lepas tu Acik Pah tanya either aku pakai bengkung tak. Aku bagitau aku pakai bengkung moden zaman sekarang je dan girdle. Acik Pah cakap yang tu tak berapa bagus sangat . Acik Pah cakap dia ada buat custom made bengkung ikat ikut body. Aku pun tempah la terus dengan Acik Pah sebab custom made dan ikut ukuran badan kan. 

Hari Ketiga 

Hari ketiga ni, angin banyak berkumpul di hujung badan (kaki, lengan) dan kat tulang. Lain macam bila kena tekan kat bahagian tulang. Kalau aku tekan sendiri tak rasa pula sakit macam Acik Pah tekan 😄. Bengkung yang aku tempah dah siap dan aku terus minta Acik Pah ajar cara pakai. Memang selesa betul dan grip kat badan pun lain macam, tak sama macam girdle grip bahagian perut. 

Aku mengurut tiga hari je. InshaAllah 3 bulan lagi boleh panggil Acik Pah lagi untuk mengurut. Total mengurut satu badan untuk bersalin ni RM300 untuk 3 hari dan RM50 untuk bengkung custom made. Murah satu kali ganda daripada tukang urut yang aku whatsapp tu. Acik Pah pun ada bagitau aku kena makan jamu untuk panaskan badan dan banyakkan makan bawang putih dan halia goreng untuk keluarkan angin dalam badan.  Jamu aku belum sempat beli lagi. Hehe..


P/S: Cuaca sejuk betul dua tiga hari ni.

 

2 Comment for "Pengalaman Mengurut Semasa Pantang"

Syok mengurut ni, lega rasa. Bagus dapat perkhidmatan tukang urut yang berbaloi dengan harganya.

teringin nk mengurut lg. kalau ikutkan petua org yg mengurut tu, setahun 5x haa.. RM 350x5 hahaha.. terdiam terus.

tp bila dh melahir ni memang senang angin masuk bdn

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top