Tongue Tie Dan Laryngomalacia
Assalamualaikum...
Di sebabkan aku concern dengan keadaan Aryan, doktor buat referral letter kat ENT Hospital Tunku Azizah. Mulanya aku berat hati nak pergi dan sebolehnya aku nak cari private dan release tongue tie tu terus. Tapi disebabkan doktor dah buat referral letter jadi pergi je la. Bila dah jumpa pakar dapat detect LARYNGOMALACIA pula.
Laryngomalacia is a congenital softening of the tissues of the larynx (voice box) above the vocal cords. This is the most common cause of noisy breathing in infancy. The laryngeal structure is malformed and floppy, causing the tissues to fall over the airway opening and partially block it.
Aryan doktor diagnose mild laryngomalacia. Mulanya aku ingatkan bunyi macam kahak biasa je tapi doktor detect laryngomalacia selepas buat scope. Memang Aryan nafas ada macam bunyi sikit tapi bukan sepanjang masa. Kalau betulkan kedudukan then hilang bunyinya.
Masa buat scope tu juga doktor bagitau kat dalam tekak Aryan macam merah sikit mungkin disebabkan reflux. Paeds terus prescribed ubat anti reflux untuk Aryan selama 2 minggu.
Alhamdulillah setakat ni tak de masalah cuma menyusu tu ada masalah sikit nak latching . Dah teruk pun cuma aku risau la nanti dah enam bulan susah pula nak makan lepas tu nak bercakap pula. Takut perkembangan terganggu.
Tarikh untuk release tongue tie dah dapat dan pakar kata kena fully bius. Aku risau pula. Appointment tadi doktor buat referral letter pada pakar bius sama ada nak admit ICU or buat tongue tie je nanti. DOAKAN ARYAN TAK PERLU ADMIT ICU DAN HANYA BUAT TONGUE TIE RELEASE JE YE KORANG. Tak tahu nak describe macam mana bila dengar doktor cakap macam tu. 😔
Berdebar rasa sebab next week ada appointment dengan ENT dan juga Pakar Bius. Dan ikut schedule, Aryan akan admit ward 2hb Ogos dan minor operation 3hb Ogos.. Taip entri ni pun aku rasa berdebar debar..
Boleh baca perkongsian Kak Ret berkenaan tongue tie Uyum masa kecil kat sini - TONGUE TIE
P/S: Speechless..
8 Comment for "Tongue Tie Dan Laryngomalacia "
semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan untuk adik Aryan
ooo ni dulu Uyum pun mslh camni gak...
Alhamdulilah lepas buat minor surgery, ha kemain becok dia skrg hahaha....
So far tgk uyum skrg org x sangka dia ada tongue tie ni... So, naniey jgn risau k.. ikut je kata pakar. Insyallah aryan ok je tu nanti.. nnt klu jumpa gmbr uyum b4 operate tu kita share...
InsyaAllah semoga dipermudahkan semuanya..
Semoga dipermudahkan urusan Nani
insyaAllah
jarang org bercerita tentang ini
akak pun baru tahu je bil bca kat blog Ako
Anak buah akak si Aydan pun ada Tongue Tie ni...masa baby la...lepas tu dha besar dia ok..hilang...
Pernah dengar dan baca tp x pernah tgk yg real... semoga dipermudahkan urusan aryan.. ikut je plan yg doktor dh advise k... nnt share lg ye update aryan
Ada baca juga di blog KakRet tu. Ikut advise doktor macamana. Semoga Aryan baik baik je. Aamiin...
tak pernah tau pasal tongue tie...baca kat sini baru tau..
semoga baby Adyan baik-baik aja dan dipermudahkan segala urusannya
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)