Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Quaterpast Syrup Vanilla

 Quaterpast Syrup Vanilla

 

Assalamualaikum... 

Ingat lagi kan entri aku ke KL East Mall yang lepas dengan niat nak cari Monin Syrup tapi yang ada Quaterpast Coffee Syrup ni je. Kat rak cuma ada vanilla, butterscotch dan hazelnut. Jadi di sebabkan caramel tak de jadi aku cuba Quaterpast Vanilla Coffee Syrup ni dulu. 

Balik rumah terus buat kopi. Bila aku buka coffee syrup ni aku ingatkan kelikatan dia seakan akan Hershey Caramel Syrup rupanya Quaterpast Coffee Syrup ni lebih cair daripada brand Hershey Walaupun cair aku suka sebab bila guna Vanilla Syrup ni lebih terasa seperti minum kopi mesin tu. 


Quaterpast brand ni ada banyak flavour dan korang boleh beli kat shopee. Tapi harga kat shopee a bit pricey berbanding harga yang aku beli kat Village Grocer ni. Banyak juga bezanya. Kalau kat shopee RM24.90 paling murah tapi kat Village Grocer aku dapat dengan harga RM13.50 sahaja. Banyak bezakan? Next time pergi Village Grocer aku nak beli Hazelnut Syrup dan Butterscotch Syrup. 

Kalau korang sedang mencari syrup for coffee aku recommend korang untuk cuba Quaterpast brand ni.



P/S: Hidup tanpa kopi, SEPI. Jadi setiap hari wajib ada kopi, specifically - LATTE 😁



2 Comment for "Quaterpast Syrup Vanilla"

saya minum kopi kampung tanpa syrup ahakssss

Macam botol minyak wangi pun ada..!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top