Resipi Bingka Jagung Sedap
Assalamualaikum...
Dah lama tak buat kuih bakar. Macam macam namanya, ada yang panggil bingka, bengkang, kuih pecah lapan dan kuih bakar. Aku panggil kuih bakar. Kali ni aku cuba buat guna jagung. Sebelum aku lupa cara caranya, baik aku tulis kat sini, supaya senang aku nak rujuk nanti.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula kastor
- 1 tin jagung manis (masukkan kesemuanya)
- 3 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair
- Sedikit bijan
- Sedikit pewarna kuning untuk menaikkan seri kuih. (option)
- Campurkan kesemua bahan diatas kecuali bijan. Pukul rata atau nak mudah blend gune blender
- Griskan loyang dan tuang adunan tadi.- Masa bergantung kepada jenis loyang atau acuan yang korang guna. Kali ni
aku guna bekas aluminium ni sebab nanti senang kalau aku nak bagi
bagikan kat jiran.
- Bijan letak mase minit ke 10 (keluarkan dan tabur bijan, kemudian bakar kembali)
- Siap!
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN - KLIK SINI
Cantik kejadiannya. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri. Cuma bijan tu kurang cantik sebab awal lagi aku terus masukkan. Sepatutnya kena tunggu lepas 10 minit baru letak bijan.Aku sangat berpuas hati sebab rasanya sedap dan lemak. Mana tak lemak, aku guna santan kara semalam. Memang berlemak gila la. Kuih ni aku hantar sikit kat rumah mama, mama ada bagi cadangan untuk buat bingka kacang merah. Nanti next time aku nak cuba.
P/S: Dah nak masuk tengah bulan dah ye...
3 Comment for "Resipi Bingka Jagung Sedap"
Bestnya bingka jagung.....nanti nak buat laaa
Wah, menarik ni! Thanks for the recipe, Naniey. Nanti ada rezeki nak cuba buatlah.
Sedapnya nak try nanti!
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)