Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tak Jadi Warded Dan Operation


 Tak Jadi Warded Dan Operation 

Assalamualaikum... 

Sepatutnya hari ni kena warded dan esok operation tapi tak jadi disebabkan masa 'clerking' last week doktor concerned dengan laryngomalacia Aryan. Kebetulan masa jumpa doktor hari Khamis tu stridor Aryan kuat. Doktor terus call bos (pakar) dan tanya pendapat dan doktor decide untuk tangguhkan dulu tongue tie release Aryan. 


Aku tanya doktor tongue tie ni memang kena full bius ke sebab aku tengok ada sesetengah baby tu just cut gitu je pun. Doktor kata ada dua prosedur satu buat kat klinik dan satu lagi kena masuk OT. Untuk sesetengah situasi memang kena masuk OT. Di sebabkan Aryan ada mild laryngomalacia jadi kena full bius tapi stridor Aryan ni membuatkan doktor tak berani ambil risiko takut salur pernafasan tertutup semasa full bius

Aku dengar ni pun rasa macam tak sedap hati. Aku terima je keputusan doktor dan aku juga lega sebab aku memang ada perasaan berbelah bagi selepas jumpa doktor bius dan doktor bagitau risiko full bius tu. 

Di sebabkan berat badan Aryan naik cantik  dan juga tiada masalah lain selain laryngomalacia doktor putuskan untuk pantau stridor dulu dan akan buat tongue tie release sebelum Aryan boleh bercakap nanti. Aku perhatikan Aryan ni kalau time sejuk memang ada stridor tu tapi kalau tak sejuk kadang ada dan kadang tak de. 


P/S: Bulan baru, semangat baru.. 




Tag : nanieydom
6 Comment for "Tak Jadi Warded Dan Operation "

Semoga dipermudah segala urusan kak naniey sekeluarga!
Saya first time dengar tongue tie ni.

Semoga kesihatan Aryan bertambah baik hendaknya dan Allah permudah segala urusan Naniey sekeluarga.
Aamiin...

risau pulak bila ada anak yg sakit ni.. semoga aryan kuat dan tabah

Semoga dipermudahkan untuk Aryan ye...akak rasa ikut kata Pakar mana yang lebih baik kan..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top