Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Buttermilk Chicken Rice Di Texas Chicken


 Buttermilk Chicken Rice Di Texas Chicken 

Assalamualaikum... 

Semalam ada kerja nak kena settle di bank dan juga SSM. Jadi anak anak kesayangan terpaksa la aku tinggalkan sekejap dengan nenek. Baru nak susur masuk DUKE dah rindu anak. Haishhh.. Semalam terpaksa aku ke SSM sebab nak aktifkan ID EZBIZ untuk memudahkan segala urusan online. Sekarang nak daftar bisnes onine, nak renew bisnes boleh buat online je tanpa perlu ke kaunter atau menggunakan agen dan pihak ketiga. Buat sendiri je mudah. 

 Settle urusan di SSM terus ke Achik Printing sebab rubber stamp company dah teruk sangat dah dan nak beli refill ink pun susah sekarang. Rubber stamp tu dari tahun 2013 lagi. Sementara nak tunggu rubber stamp siap dalam masa satu jam, masuk kejap kat Melawati Mall kononnya nak isi perut dulu. Pusing punya pusing tak de satu pun kedai yang menarik perhatian anak tekak dan aku ajak Lurviey masuk Texas Chicken je beli apa apa untuk alas perut. 


Kat kaunter aku nampak menu baru, Buttermilk Chicken Rice. Memandangkan aku seorang penggemar Buttermilk Chicken maka aku terus order untuk aku satu dan Lurviey seperti biasa akan order Spicy Korean Chicken Rice. RM6.90 je satu. Nak saing menu rahmah juga ni. Korang pernah try menu rahmah? 


Bagi tekak aku, Buttermilk Chicken Rice Texas Chicken ni sangat sedap dan portion yang sangat mengenyangkan. Harga pun murah, RM6.90 tidak termasuk air.  Alhamdulillah.. Bukan alas perut dah portion dia. Kenyang terus !! 


P/S: Mencari mood menulis yang hilang.


Tag : food
2 Comment for "Buttermilk Chicken Rice Di Texas Chicken "

nampak pekat likat buttermilk tu sedapnya :)

Menarik ni. Dah lama tak makan Texas Chicken. Nanti nak cubalah meal ni.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top