Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah

 Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah 


Assalamualaikum... 

Umum ketahui bahawa Covid 19 memberi impak yang sangat besar dalam semua aspek kehidupan kita hari ini. Antara yang turut terjejas kuasa beli hartanah di Malaysia. Menurut sumber PropertyGuru Malaysia, Indeks Permintaan Jualan menyusut sebanyak 14.8 peratus pada suku keempat tahun lepas.  

Credit : thebalancemoney.com

Kalau sebut pasal hartanah ni, ramai yang tahu bahawa nilainya semakin meningkat bahkan ada yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar besar. Peningkatan inflasi dan kos pinjaman juga menyebabkan harga hartanah melambung tinggi. Covid 19 ni bukan memberi kesan pada negara kita sahaja tapi seluruh dunia. Masing masing struggle untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya golongan bawahan dengan kos hidup yang semakin meningkat. 

Walaupun kurang kuasa beli hartanah, penawaran hartanah sentiasa ada. Buktinya, banyak pembinaan yang terpacak di sekeliling kita walaupun tanah sekangkang kera je. Bagi korang yang sedang membuat kira kira untuk memiliki hartanah sebagai pelaburan jangka panjang ni bolehlah kira kira dengan Mortgage Calculator ni.   

Mortgage Calculator 

Mortgage Calculator adalah salah satu alat yang membantu korang membuat kira kira dengan memasukkan harga rumah yang anda ingin beli, deposit, interest rate dan lain lain seperti yang korang lihat di bawah ni.

Sebagai contoh aku masukkan harga rumah RM350,000 dengan interest rate 3% dan berapa tahun loan. Ni semua penting bila korang nak beli rumah dengan bank juga rekod CCRIS, lepas tu kos yang terlibat semasa membeli rumah ni. Pendek kata semua perlu diambil kira. 

Kesimpulannya memang penting sangat untuk ambil tahu dan kira kira bila nak membeli hartanah ni. Pelbagai faktor perlu di ambil kira untuk jangka masa panjang terutamanya jika korang nak buat ianya sebagai pelaburan. Teringat pula kat seorang pakcik ni dia beli flat kat Bukit Beruntung tak silap aku 20 tahun lepas kot tapi harganya hari ni tak tinggi mana pun berbanding flat di kawasan bandar KL ni. Seram harga hartanah sekarang ni. Jadi, kena bijaklah la sebelum membeli.


0 Comment for "Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top