Assalamualaikum...
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana Melaka | Alhamdulillah dapat juga merasa asam pedas orang Melaka. First time aku makan asam pedas orang Melaka ni. Orang kata kalau datang Melaka rugi kalau tak pekena asam pedas.
Kami sampai kat Melaka almost 10 malam. Check in homestay dulu, tukar pampers anak anak sebelum keluar dinner. Buntu juga nak dinner kat mana then adik ipar google dan plan nak ke Asam Pedas Pokok Besar. Bila sampai lokasi, berhadapan dengan restoran tu, Asam Pedas Claypot. Dan di sebabkan ramai orang kat Asam Pedas Claypot tu, kami decide makan kat situ.
Aku memang excited nak cuba asam pedas orang Melaka ni dan ternyata memang berbeza dengan asam pedas yang aku masak. Rasanya masam dan pedas tak de rasa manis pun. Pedas dia tu memang buat aku berpeluh. Aku order set ikan pari dan mama order set daging tetel. Daging tetel tu memang sedap sangat sebab lemak lemak tu ler.. Hehe.. Ikan pari dia pun lembut elok je isinya. Yang penting tak de bau. Alhamdulillah..
Servis memang pantas dan semua makanannya pun sedap. Sayangnya aku tak de gambar makanannya. Kenyang gila perut. Berbaloi la aku tak lunch tadi. Lol..
P/S : Balik homestay baru perasan aku tak de bawa baju tidur pun. Hadoiiii...🤦♀️
1 Comment for "Asam Pedas Claypot Kota Laksamana Melaka"
Macam-macam rasa asam pedas ikut resipi daerah / negeri.
Pernah makan asam pedas di Bandar Hilir Melaka, tapi lama dah, beberapa tahun lalu.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)