Assalamualaikum
Dapur Amiey Port Sarapan Sedap Di Gombak | Pagi pagi lagi nenek dah call nak bawa cucu keluar jalan jalan kat mall. Mommy ok je, asalkan dorang ni nak. Puas juga memujuk suruh ikut nenek, uncle aunty keluar jalan jalan. Akhirnya setuju. Nenek memang nak sangat bawa dorang ni tapi dorang ni kadang kadang tak nak. Nak berkepit celah ketiak mommy jugak. Dorang dah gerak ke mall, aku pun gerak keluar breakfast kat Dapur Amiey. Bujang kan.. Merayau la jap.
Dapur Amiey ni terletak di Taman Batu Gombak berhampiran dengan Shell Greenwood. Kalau korang tak tahu nak breakfast kat mana korang boleh cuba breakfast di Dapur Amiey ni. Sebelum ni aku pernah share Sarapan Pagi Di Lepaq Gombak.
|
Kredit Facebook Fantasis Delight |
Kenapa Fantasis Delight? Fantasis Delight ni nama lama Dapur Amiey. Korang kalau pergi sini boleh borak dengan owner Dapur Amiey ni. Namanya Abang Amiey. Peramah orangnya. Semua masakan ni Abang Amiey sendiri yang masak. Jom tengok apa yang special kat Restoran Dapur Amiey.
|
Roti Bakar |
|
Ubi Kayu Rebus |
|
Lempeng Kelapa |
|
Lempeng Pisang |
|
Lontong & Sayur Lodeh |
|
Soto/ Bihun Sup |
|
Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah |
|
Nasi Lemak Telur Mata |
|
Mi Bandung |
|
Mi Kari |
|
Bubur Nasi Berlauk
|
Aku kalau datang sini selalu order bubur nasi dan mi kari. Sumpah sedap gila weh.. Naura datang sini memang makan nasi lemak . Lurviey pun sama suka makan nasi lemak.
Bubur berlauk ni harganya RM8.80. Sedap dan mengenyangkan. Lagi pedas lagi sedap. Hehe.. Kalau Naura tahu hari ni breakfast kat kedai Uncle Amiey mesti dia nangis. Dah lama dia ajak tapi kebetulan hari ni nak pergi, dia keluar dengan nenek pulak.
|
Kredit Facebook Fantasis Delight |
Oh ye, kat Dapur Amiey juga ada masakan panas dan juga nasi berlauk tapi nasi berlauk tu hari Selasa hingga Jumaat sahaja. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau transfer.
Lokasi :
Dapur Amiey
No 16 Jalan 10 Taman Batu Gombak
Batu Caves, Selangor.
Buka Selasa- Ahad ( Isnin Cuti)
P/S : Mentang mentang anak tak de hari ni, mommy betul betul rehat. Malam kang lepak rumah mama pula.
2 Comment for "Dapur Amiey Port Sarapan Sedap Di Gombak"
Menariknya Dapur Amiey.
Tengok gambar makanannya pun memang terserlah ciri-ciri masakan orang lama.
Aduh! Lamanya tak kena lempeng pisang!
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)