Assalamualaikum
Keropok Lekor Z Paling Sedap Di Kelantan | Sebut pasal keropok lekor mesti terbayang keenakkan keropok lekor sedap di Terengganu. Tapi kali ni aku nak kongsikan dengan korang keenakan Keropok Lekor Z ni. Kalau musim cuti sekolah, Keropok Lekor Z ni memang jadi tumpuan anak rantau dan orang luar yang melancong di Terengganu dan Kelantan. Wajib singgah !!
Keropok Lekor Z ni berhampiran pintu Gerbang sempadan Kelantan (Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut). Rugi sangat kalau korang dari arah Terengganu nak ke Kelantan tak singgah di Keropok Lekor Z ni. Aku kalau balik kampung memang wajib datang sini selain ke Bahulu Sri Jawa Fizo Omar.
Selain keropok lekor, ada juga satar goreng, tapi aku tak berapa suka sangat. Bila teringin je baru aku beli. Korang pernah makan satar goreng?
Kat sini juga korang boleh tengok dorang proses keropok lekor. LIVE TAU ! Fresh made. Korang boleh tengok proses menguli sampai la dah siap di rebus dan di goreng. Korang juga boleh makan kat situ atau pun bungkus bawa balik. Aku masa awal kahwin dulu 10 kilo bawa balik KL nak bas tau. Ko bayangkan macam mana aku angkut naik bas. Yang penting kena frozen dulu lepas tu aku balik dengan kain.
Gebu comel kan keropok lekor ni. Sedap dan aku sangatlah menyarankan korang cuba kalau ke Terengganu, Kelantan. Rasa ikan tu memang 'mewah dan padat tak sama macam sesetengah keropok lekor yang yang banyak lubang angin kat dalam, liat dan rasa masim je yang lebih. InshaAllah korang tak rugi cuba Lekor Z ni. Sos dia pun giloss.
Kalau korang nak beli keropok keping, keropok sira pun ada juga. Hasil laut memang ada dijual di sebelah Lekor Z. Kalau korang tanya aku keropok keping apa yang best? Aku suggest korang beli keropok baby. Memang tak berhenti mengunyah kalau makan keropok baby. Sekian... Tu je nak share...
P/S: Entri ni entri 2018 tau. Masa aku baru je kahwin. Lama duk dalam draft. Dah ada 2 anak baru nak post.
1 Comment for "Keropok Lekor Z Paling Sedap Di Kelantan"
Tq for sharing.
Bolelah nanti dijadikan panduan kalau ada rezeki datang ke sana.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)