Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Mee Goreng Hidangan Mudah Untuk Tetamu

 Assalamualaikum.. 

Mee Goreng Hidangan Mudah Untuk Tetamu | Minggu lepas mama ada bagitau besan mama nak datang rumah. Mama buntu nak hidang apa sebab mama tak boleh nak masak sebab dapur mama tersumbat dan masih belum di baiki lagi.


Sabtu lepas balik dari Pusat Sains Negara singgah rumah mama dan bincang dengan mama. Lurviey cadangkan masak mee goreng  tapi aku ler yang masak. No hal cuma aku risau nak jamu orang makan. Mama bagitau besan mama tak boleh nak makan pedas jadi kena buat mee goreng yang tak pedas. 

HIDANGAN MUDAH UNTUK TETAMU 

  • Mee goreng, bihun goreng, kue teaw goreng, nasi goreng
  • Spagetti carbonara/bolognese/Aglio Olio
  • Mee sup, bihun sup, kue teaw sup, bubur
  • Nasi ayam express 
  • Kuih frozen (karipap, kuih koci, cucur badak)
  • Cucur udang, cekodok
  • Bubur kacang, bubur jagung, bubur cha cha dan lain lain
  • Beli je la kat kedai apa apa. 

Bagi aku ni antara cadangan masakan yang mudah untuk tetamu yang nak datang rumah.

Alhamdulillah siap juga mee goreng aku. Adik ipar cakap sedap, harapnya sedap betul lah. Lurviey pun menambah, kira sedap la tu kan. Lurviey ni jenis kalau tak cukup rasa memang dia tegur je terus. Tak de maknanya dia nak cakap sedap kalau memang tak cukup rasa. Till then, see you next entry. Stay safe everyone !! 


P/S : Aku kalau masak untuk orang, tak terasa nak makan pun. Auto kenyang gitu.. 

Tag : food
5 Comment for "Mee Goreng Hidangan Mudah Untuk Tetamu "

TQ share resepi, kadang2 buntu tak tahu nak jamu apa pada tetamu kan :)

setuju sgt..semua menu tu kira express la..and lagi cepat kalau bahan2 nya memang dah siap ada kannn..
salam kenal di sini..morning!!!

setuju idea tu semua.. kalau sy mmg suka stokkan macaroni & minced beef... yg tu pun kira menu ekspress jugak bila ada tetamu tetiba nk dtg.. goreng je

Auto kenyang?

Untung la macam tu... Auto jaga badan!

itu la antara idea akak kalau ada tetamu nak datang

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top