Assalamualaikum..
Redeem Member Birthday Discount Di Book Xcess | Semalam tak tahu nak pergi mana sebab tak sanggup nak hadap kesesakan. Jadi aku cadangkan pergi KL East Mall je sebab dekat je dengan rumah. Walaupun dekat tetap tak boleh nak lalu jalan MRR2 sebab memang sesak dengan orang nak menghala ke Pantai Timur. Jadi lalu jalan dalam je ikut Taman Melati. Berpusing nak masuk parking pun almost 45 minit sebab parking full. Naura dah nak menangis sebab aku nak patah balik je rasa.
Dah sampai terus naik ke Book Xcess sebab tujuan utama adalah kedai buku. Buku yang beli hari tu pun belum habis baca lagi tapi kena la tebus diskaun birthday ni. Rugi kot kalau tak tebus.
Aku kalau masuk kedai buku selain True Crime, aku suka Self Help Book. Aku suka buku yang catchy, easy reading, Novel aku dah tak layan dah. Last layan novel zaman sekolah menengah. Time tu layan isi masa lapang waktu cuti sekolah. Dah masuk UM aku layan buku psikology, criminology dan case study sampai sekarang. Cuma sekarang ni terhad sikit nak membaca. Sebab tu yang easy reading ni jadi pilihan aku.
Melayan intan payung lari lari dalam Book Xcess mencari buku. Mommy tak sabar nak tunggu Naura pandai membaca, nanti boleh beli buku banyak banyak. Aku dulu suka membaca buku, majalah, komik, surat khabar sampai la bila dah remaja bangka purba ni macam pemalas sikit. Anak anak ni kena terapkan budaya membaca dari kecil.
Minta Lurviey jaga intan payung sebab mommy nak pilih buku dengan tenang. Si Aryan tu nak berkepit je. Suruh duduk dalam stroller tak nak pulak.
Dah dapat buku pilihan hati. Book Xcess ni satu je aku tak berapa berkenan, buku semua seal tak boleh nak tengok isi kandungan. Harapnya buku pilihan aku menepati citarasa hatiku gitu.
Hari ni baru aku perasan lukisan yang ada kat Book Xcess rupanya untuk di jual. Harga mencecah ribuan juga. Yang gambar kat atas ni almost sembilan ratus ringgit. Yang faham seni je tahu kenapa harganya begitu. Kan ??.
Cantik kan frame ni semua.
MEMBER BIRTHDAY TREAT AT BOOK XCESS
50% discount on 2 books during my birthday month
Ready nak balik, terus ke rumah nenek. Aryan kena paksa duk dalam stroller, tak larat dah mommy nak dukung Aryan. Kalau boleh kurus ok jugak. Hehe..
P/S : Tak de bunga api kan malam ni?
4 Comment for "Redeem Member Birthday Discount Di Book Xcess"
Harap tak adalah bunga api malam ini.
Itu original painting ke prints?
bertabah la bertembung dgn org2 yg nak balik ke pantai timur..
oh book xcees ni yg ada branch di cyberjaya tu .. tak tahu plk ada 50% discount utk birthday month.. ok jugak tu
betul tu... anak² ni mmg kena terap dr kecil minat suka membaca.. bawak je diorg masuk kedai buku dr kecik nnt diorg dh pandai membaca mst dia excited tgk buku byk² di situ
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)