Assalamualaikum...
Restoran Nasi Kukus Rimba M3 Mall ~ Kali ni aku nak kongsi dengan korang tempat best nak lunch yang sedap dan murah. Beberapa bulan lepas masa aku jalan jalan kat M3 Mall ni, ternam 1pa bunting promosi beli set nasi kukus sotong king percuma satu set nasi kukus ayam goreng crispy. Harga RM14.90 tak silap aku time tu. Promosi murah, apa lagi tunggu, serang lah !!
Ternyata tak menyesal aku singgah dan berbaloi baloi sebab bukan sahaja harganya murah tapi rasanya sangatlah sedap kat anak tekak aku ni. Tapi sekarang promosi set sotong king yang dapat free set nasi tu dah tak de tau.
Set nasi kukus kat sini dapat percuma air sekali. Sangat berbaloi. Setiap hari dorang tukar jenis air. Bila korang beli set yang percuma air ni korang ada dua pilihan air yang korang boleh pilih. Lurviey selalu ambil sirap dan air jambu batu ni je.
Beginilah rupa presentation nasi kukus ayam goreng berempah. Nasi panas dihidang dengan ayam goreng berempah, kuah gulai, timun dan sambal belacan. Makan nasi panas dalam keadaan air cond yang sejuk memang syiok. Hehe. Ni nasi Lurviey, Naura dan Aryan.
Aku pula memang selalu order set nasi ayam goreng crispy. Walaupun namanya 'crispy' aku tak rasa crispy pun tapi spicy tau. First time makan kat sini aku mana la tau ayam tu pedas, aku suap Naura dan Aryan makan. Aryan relax je makan tapi Naura duk ulang cakap pedas. Bila aku rasa memang pedas. Sejak hari itu, ayam ni la menjadi pujaan hatiku. Kadang kadang order sotong king.
Tapi ada sekali tu kan, aku order set nasi spicy buttermilk chicken. Menyesal juga order sebab expectation aku jauh sangat sampai planet pluto padahal yang sampai depan mata macam dalam gambar ni la. Ibarat ayam buttermilk then letak sambal belacan. Terpaksa ku telan juga.
Dan kat sini juga pertama kali aku makan enoki celup tepung. Orang lain lama dah makan, aku baru nak makan dan merasa. Lol.. Sedap tapi pedas dan tak sesuai untuk budak budak. Harganya RM2 sahaja. Selain set ayam ni, ada juga set ikan keli, nasi lemak, udang galah dan ketam. Tapi aku tak pernah order pun. 😁
Lokasi Restoran Nasi Kukus Rimba
📍Damansara Perdana Business Centre
📍M3 Mall
📍Lotus's Puchong
📍Lotus's Selayang
P/S: Kejapnya dah nak Jumaat.
4 Comment for "Restoran Nasi Kukus Rimba M3 Mall"
Menyelerakan tengok rupa paras set nasi kukus ni. Berbaloi pulak tu set sekali air. Gorengan crispy dengan sambal tu buat tambah selera makan kan.
Eh, baru minggu lepas ke M3 mall... tak perasan pulak kedai ni....
Nasib baik jauh..kalau dekat memang akak dah ajak Dania terjah dah ni...nampak sedap semua menu tu
Enoki celup tepung yang terlerai satu-satu tu sedap sangat. Makan sekali di restoran , balik rumah buat sendiri. Puas meratah.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)