Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Roti Kukus Seri Kaya Pandan

 Assalamualaikum.. 

Roti Kukus Seri Kaya Pandan | Aku bukanlah penggemar roti tapi teringin sangat nak buat seri kaya pandan ni. Aku tengok ramai yang suka makan roti kukus kat Boat Noodle. Macam syiok je if buat sendiri. Kebetulan tempat aku tengah hujan, jadi mood rajin tu tetiba datang nak buat seri kaya pandan ni. Gigih aku ambil daun pandan dalam hujan. 


Buat Sendiri Roti Kukus Seri Kaya Pandan 

Bahan bahan

  • Daun pandan 7-8 helai 
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan susu cair
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 2 SB susu pekat manis
  • 3 SB tepung gandum
  • 1 biji telur
  • ⅓ sk garam
  • Pewarna hijau

Cara caranya

  1. Blend daun pandan dengan secawan air dan tapiskan. 
  2. Campur semua bahan dan kacau rata.
  3. Panaskan atas dapur sehingga pekat. Sentiasa kacau agar tak berketuk.
  4. Dah pekat maknanya dah siap.
  5. Boleh potong roti dan kukus sekejap. 
  6. Sedia dihidang

Senang gila cuma kalau sorang je makan macam banyak sangat satu adunan seri kaya pandan tu. Resepi ni bagi aku agak manis, jadi kena kurangkan gula next time. 


P/S : Sedih aku dapat tahu adik Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia tadi... Al-Fatihah.. 



Tag : resepi
6 Comment for "Roti Kukus Seri Kaya Pandan "

bolehla lady try nti.. nmpk mudah je ni...

teringat kali pertama makan sangkaya dekat boat noodle..

sedappppp

nampak senang nak buat dan sedap juga. boleh la cuba nanti. warna hijau ni memang menggamit selera tau.. seri muka, apam seri ayu,bingka...memang kegemaran MY tau

Sedap sangat ni.
Kalau buat sendiri memang puas makan, halalan toyyiban.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top