Assalamualaikum..
Bekerja Di Tahun Baru | Sabtu dan Ahad memang kurang rajin nak ke stor jadi aku deal siap dengan customer yang nak self pick up, walk in hari Isnin. Biasalah tahun baru je, semangat luar biasa. Tapi azam masih carry forward je.
Sementara tunggu Lurviey settle kerja, aku duduk la dengan intan payung ni. Si Aryan tu melayan lagu Santai, Faizal Tahir dan Naura buat ABC. Lepas settle kerja, ajak Lurviey lunch di Restoran Nasi Kukus Rimba kat M3 Mall. Lepas tu melayan dorang nak main kat tempat games tu.
Lepas tu jalan jalan kat New Market tengok baju intan payung. Walaupun murah, kualiti sangat ok bagi aku. Lepas tu Naura minta cincin. Mana la ada cincin budak tapi nasib baik ada adjustable ring saiz kecil. Melayang RM9. Nak beli cincin emas memang belum l boleh lagi la sebab Naura ni jenis pakai cabut pakai cabut lepas tu merata letak.
Sampai rumah boleh plak tanya mommy cincin dia kat mana. Nasib baik ada dalam kereta. Bayangkan kalau cincin emas. Nangis woii.. Emas mahal sekarang ni. Rantai tangan dia putus hari tu pun berderau darah.. Beli yang padu pun boleh putus. Ko ghase? Dah pergi betulkan, eh putus lagi.. Cukuplah.. Simpan je la.
Itulah kisah semalam. Hari ni settlekan pemasangan kerusi pejabat untuk koperasi kat Ampang. Nasib baik petang pasang, so pagi boleh masak untuk lunch. Alhamdulillah untuk hari ni..
P/S : Ramai lagi ke yang cuti. Aku rasa lengang je jalan ke stor tadi.
4 Comment for "Bekerja Di Tahun Baru"
Selamat tahun baharu 2024
Memang idok la belikan cincin emas utk budak2.. cincin mak nyer pun boleh hilang diorang buat main hahahaha..
Lain macam semangat tahun baru ye. Baguslah kita bersemangat. Seronoklah mereka dapat buat macam² aktiviti. Anak-anak perempuan memang suka accesories. Dah besar nanti barulah kita beli cincin emas pulak.
selamat tahun baru 2024 , semoga segala azam tercapai
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)