Assalamualaikum...
Berbaloi Tak Langgan Sooka | Musim Piala Asia ye? Esok kan game Malaysia. Aku dah lama tak tengok bola. Last tengok dan layan bola pun zaman Amri Yahya, Bambang Pamungkas dulu je. Lepas tu memang tak layan dah bola. Orang bercakap pasal bola pun aku sekadar angguk angguk geleng geleng je la.
Memandangkan Lurviey memang kaki layan bola dan nak tengok game bola, maka dia minta aku download apps kat TV dan subcribe SOOKA. Rumah aku memang tak de Astro jadi kena langgan Sooka. Memandangkan Lurviey nak tengok kat TV maka kena pilih pakej yang boleh tengok dekat TV dengan harga RM49.90. Dengan pakej RM49.90 ni boleh guna untuk 3 device termasuk TV. Sebelum bayar tulis RM42.40 tapi bila bayar lain pula harganya.
BERBALOI TAK LANGGAN SOOKA ?
Aku tanya Lurviey berbaloi tak langgan Sooka ni? Katanya memang berbaloi sebab nak tengok bola. Bukan local football je tapi international football juga. Selain sukan ada juga entertainment lain. Yang menarik minat aku drama Layang Layang Perkahwinan tapi tu la tak tengok lagi.. Aku leka duk layan movie tamil kat Netflix. Haishhh.. Lagha betul. Lagi satu selain kat TV boleh juga tengok dekat telefon. Andai kata ada game bola masa kat kampung, Lurviey boleh la layan bola juga. Aku rasa sangatlah berbaloi baloi.
Korang layan bola ke?
P/S: Makan bola, tidur bola, jangan minum coca cola okeh?
7 Comment for "Berbaloi Tak Langgan Sooka TV"
sy x layan bola... hehehe.. tp en suami layan... sbb tu dia xmo terminate astro sbb nk tgk bola... nnt la suh dia survey sooka ni mcm save byk je
selalu jumpa iklan sooka ni... tapi tak pernah tau
mungkin berbaloi kalau Malaysia pergi jauh Piala Asia ni. huhu. sejak kahwin ni jarang nau layan bola. suami tak minat. saya yang minat. acane tu
tuuuu diaaa
semangat nak sokong HM ya🇲🇾🇲🇾🇲🇾
sy tgk online streaming je
saya cuma update pasal bola jer...sebab ia termasuk dalam skop kerja
Mujur berbaloi . Kadang CCL dengan family layan jugak bola ..
waa boleh tgk 3 device. ok sgt tu
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)