Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Buat Chocolate Moist Cake Bekas Kecil

 Assalamualaikum... 


Buat Chocolate Moist Cake Bekas Kecil | Memandangkan dua intan payung tak cukup makan Cocoa Indulgence Cake, maka mommy pun merajinkan diri buat kek coklat kukus. Anak anak kalau makan berselera lagi bersemangat mak mak nak masak. Betul tak? Susah dan renyah macam mana pun akan diusahakan. ImshaAllah.... 

Kali ni aku kukus dalam bekas bulat kecil senang sikit intan payung nak makan. Untuk satu kali hidangan yang cukup mengenyangkan perut kecil anak anak. Nasib baik resepi Chocolate Moist Cake aku tersimpan rapi dalam blog ni. Aku rujuk je kat sini. Mudah. Sebab tu penting aku abadikan resepi yang ngam dengan tekak aku dalam blog ni. Hehe..

Untuk anak anak aku tak buat toping sebab dorang tak berapa suka. Jadi aku buat sikit toping untuk aku makan. Kebetulan aku nak cuba Meriah Baking Chocolate Dark Chocolate yang lama dah aku beli tapi tak guna lagi. Aku guna sedikit dark chocolate  di campur dengan full cream milk. Alhamdulillah sedap kat tekak aku. 

Dah siap masak, tunggu sejuk kejap terus ngap. Naura memang banyak makan. Bila tengok dia makan banyak makan macam tu aku syukur sangat sebab dia memang susah nak makan. Duk repeat benda yang sama je dan sangat berbeza dengan Aryan yang suka cuba semua makanan. Tomyam pun on. Tapi aku sekadar bagi rasa je la sebab risau juga umur belum dua tahun lagi. 


P/S : Cuaca masih mendung hujan... 


Tag : food
5 Comment for "Buat Chocolate Moist Cake Bekas Kecil "

Tolong pos ke Cuya malam ni gak... kikikiki

Wah sedapnya Naniey. Boleh try resepi Naniey ni

pos kan kat Cuya, sekali utk MA jugak yer..emm, dap tu
lagi puas makan bila buat sendiri kan?

nak try la nanti.. kukus je kan..

Dah lama tak buat kek coklat moist... buat dalam bekas mudah sikit

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top