Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Buat Kopi Latte Ala Cafe Dengan Moka Pot

 Assalamualaikum... 

Buat Kopi Latte Ala Cafe Dengan Moka Pot | Sebenarnya dah lama aku fikirkan tentang mesin kopi ni dan kononnya lepas beranak Aryan nak beli mesin kopi tapi aku bukanlah hantu kopi yang tahu serba serbi tentang kopi. Cukup dengan simple latte setiap hari, jadi aku batalkan seketika niat untuk beli mesin kopi dan bertukar kepada moka pot. Ye, MOKA POT. Sesuai la untuk beginner macam aku ni. 

Moka Pot tu dah nak masuk 2 tahun usianya. 

Kalau hari hari order kopi mau habis duit dalam bank aku tu, ibarat bukit kalau di tarah lama lama gondol la rupanya.  Jadi masa scroll kat group Peminat Kopi tu aku nampak orang kongsikan tentang Moka Pot ni. Terus aku cari kat shopee yang murah murah je dulu sebab beginner. Tapi those yang memang peminum tegar kopi akan beli Moka Pot brand Bialetti. Aku beli brand marhaen je.


Kopi pula aku cari kat shopee. Susah juga sebenarnya sebab aku bukan tahu sangat pasal biji kopi ni. Dan aku hanya tahu untuk moka pot kena cari serbuk kopi yang dah dimesin 'fine'. Aku beli je Royal Espresso Coffee dan SOL Coffee ni setelah baca review daripada buyer sebab nak pilih kopi jenis mana pun aku tak tahu. Aku tak de mesin kisar biji kopi jadi aku beli yang dah siap dikisar je. Tak lama kemudian aku dah mula rasa kurang rajin nak brew kopi, aku beli Moconna dan Davidoff pula. So, sekarang ni kalau aku rajin aku guna la moka pot. Kalau tak rajin guna yang bancuh siap je la. 

Susu aku guna Dutch Lady Full Cream, kadang kadang Goodday Full Cream atau Farm Fresh Full Cream. Wajib beli full cream sebab low fat sangatlah tak sedap bagi aku. Satu kotak tu untuk buat 3 kali kopi dan sehari aku buat 2 kali. Bayangkan berapa kotak aku guna sebulan?  Masa awal awal buat latte, aku guna syrup tapi sekarang tak de syrup pun no hal. Lagi sedap latte biasa je. Pahit pahit gitu. 

Kalau aku malas sangat, aku beli kopi dengan jiran aku. Aku rate kopi dia atas ZUS Coffee. Memang sedap sangat dan celik mata bila waktu malam. Next entri aku review. 


P/S : Rejab, Syaaban, Ramadhan. Kejapnya.. Korang dah ganti puasa? 




3 Comment for "Buat Kopi Latte Ala Cafe Dengan Moka Pot"

Ooooo... penagih kopi jugak ke....? hehehehehe

Selalu beli Zus je. Teringin nak beli mesin kopi cuma tu la takut hari2 bancuh parah juga nanti. Hahah

seronok juga buat kopi sendiri. takpe lah sis lama-lama pandaila tu bab kopi

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top