Assalamualaikum...
Cara Buat Homemade Play Doh | Setahun yang lepas entri ni dalam draft wehhh.. Lama kan. Dah bosan beli plastisin jadi aku buat play doh sendiri je la hasil google. Nak beli play doh membazir pula sebab aku tahu anak aku main macam mana. Sehari dua je main, lepas tu campak ikut suka hati. Bila nak main balik "mommy nampak tak mainan Yaya?" . Mana la mak ko tak ijo.
Cara Buat Homemade Play Doh
Bahan bahannya
- 2 cwn tepung gandun
- 1 cawan garam
- 2 sudu minyak
- Air secukupnya
- Pewarna
Cara caranya
- Campur tepung dgn garam
- Lepas tu campur minyak dan air uli sampai tak melekat
- Then bahagikan utk warna dan uli sehingga sebati.
- Siap !!
Nampak tak muka Naura happy, excited nak main play doh. Dua hari je Naura main lepas tu dah tak main dan mommy terlupa nak masukkan dalam chiller. Maka lembiklah play doh tu maka ke tong sampah la jawabnya. Ingat macam nak buat minggu ni nak bagi Aryan main tapi Aryan lebih suka main block dan lego macam tu.
Cara Simpan Homemade Play Doh Supaya Tahan Lama
Lepas main, simpan dalam plastik zip lock dan masukkan dalam chiller. Bila nak main baru ambil. Play doh ni boleh tahan hingga 3 bulan dan tak berkulat kalau guna dan simpan dengan baik.
Simpan sini senang nak buat nanti aku cari dalam ni je.
P/S : Nak ke stor tadi jalan jem teruk depan Batu Caves tu. Thaipusam dah nak tiba memang sesak teruk lah .
5 Comment for " Cara Buat Homemade Play Doh"
Lama tu peram. Hihi. Boleh buat kuih goreng dah tu bahan2nya 😬
alahai mudahnya buat play doh... elok juga tu buat sendiri.. mesra lantai.. hihi.. kalau play doh beli tu aduhai susah sungguh kalau nk bersih bila anak2 gelek kat lantai..
tq share cara2 nya
Eh? Boleh buat sendiri ke? Terbaik
bagus buat sendiri. dijamin tak toksik dan takde bahan kimia
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)