Assalamualaikum...
Coconut Shake Klebang Original | Usai makan di Warong Buana, mama ajak singgah di Zoo Melaka, tapi Lurviey dan aku cakap next time la masuk Zoo sebab tak bawa stroller dan kasihan kat mama nak menunggu lama. Tak kan nak masuk sekejap je kan? Lepas tu mama ajak pergi ke Pantai Klebang.
Sampai pantai, mama bagitau tak payah pakaikan kasut untuk intan payung. Biar kaki pijak dan rasa pasir. Ini adalah kali pertama Aryan berkaki ayam pijak pasir. Memula macam geli je, lepas tu seronok. Sebelum check in mama ajak singgah beli Coconut Shake Original Klebang dan Murtabak Tanah Melayu.
Again, coconut shake ini ditaja oleh adik ipar. Murah rezeki kamu !! Kebetulan hujan lebat jadi memang tak dapat nak minum kat situ beserta dengan sedikit kemalasan. Tapau je la senang sebab aku dah nampak swimming pool memanggil manggil intan payung ni. Aku pula yang over excited sebab kali ni aku join masuk pool sekali. Hahaha...
Oh ye, bagi aku rasa coconut shake ni sama je macam coconut shake biasa yang lain. Aku prefer coconut shake kat Markas Pas Taman Melewar sebab rasanya lebih lemak berkrim dibandingkan Coconut Shake Klebang Original. Bagi tekak aku la. Lain orang lain lidah dan lain rasanya. Ye dak !!
Menu & Harga |
Lot 130 Solok Kampung Bahagia
75200 Klebang Besar
Melaka
Buka setiap hari 11am-6.30pm
P/S : Sebelum tidur duk google dengan mama tempat makan yang best kat Melaka 😂
11 Comment for "Coconut Shake Klebang Original "
Coconut shake yang lemak berkrim tu tentu ada rahsianya yang buat lebih sedap berbanding yang original kan.
Kalau ke klebang tak pekena coconut shake... maknanya belum sampai klebang la tu...
Bagi saya Klebang ini sedap sebab tidak jumpa yang lagi sedap.
Kena cuba air kelapa kocak yang dicadangkan itu.
sekarang ni semua dah xsedap.. xtahu kenapa.. tekak tua atau org ubah resepi.. atau campur bahan lain.. kenapa ek.. kalau dulu2 semuanya sedap.. huhuhu.. rindu makanan dulu2..
Lama tak pi melaka. Bandar jem. Hihi
Kalau ke pantai klebang, mesti cari kokonat sake ni
Sekali sekala kalau turun melaka ni antara menu wajib laaa coconut shake klebang & cucur keria gula melaka
alahai time mcm ni la tetiba teringin nak coconut shake klebang ni sedap oo
Yang Klebang ni macam tak pernah beli lagi. Tapi kalau pergi melaka wajib beli coconut shake. Asal jumpa kat mana-mana je mesti beli. hehe...
lepas minum coconut shake dapat mandi pool ya. bestnya
Tempat wajib singgah kalau lalu Klebang.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)