Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Last Day Naura Di Playschool

 Assalamualaikum... 

Last Day Naura Di Playschool | Semalam merupakan hari terakhir Naura kat playschool. Sebenarnya semalam merupakan parent teacher meeting so memang tak sekolah pun. Sedih juga la Naura sebab school dah habis. Nak menunggu bulan 3 lama lagi tu. 


Ni la teacher Naura. Dua dua baik. Guru pertama Naura kat school. Alhamdulillah teacher bagitau Naura banyak progress compare masa mula mula masuk playschool. Memang tak dinafikan aku pun nampak perkembangan positif Naura. Tujuan aku hantar Naura pergi school supaya dia tak kekok nak bergaul nanti bila masuk tadika. Masa mula mula dulu, teacher cakap Naura diam sikit, lepas tu dah ok. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan ke playschool. Sekejap betul masa berlalu. 


Masa Messy Play Camp bulan Ogos tahun lepas. Suka sangat budak budak messy play ni. 


Aryan pun join jugak. Memang suka sangat la dorang dapat main pasir ni. 



So kena homeschool la dulu sebelum masuk tadika. Mommy dah la bukan penyabar sebab tu awal lagi mommy tak letak kursus pendidikan dalam pilihan jurusan. Cikgu cikgu sekolah pun pelik kenapa tak ambil pendidikan sedangkan kawan kawan lain semua pilih jurusan pendidikan sebagai pilihan utama. Hehe... Semoga mommy jadi orang sabar. Sumpah antara perkara yang paling susah adalah nak sabar. 


P/S: Kasi sikit tips parenting korang supaya bersabar
Tag : Intan payung
5 Comment for "Last Day Naura Di Playschool"

Bagus hantar ke Playschool mcm ni.. Develope skill anak2 supaya senang utk cikgu mengajar nanti.. Pengalaman kita boleh nampak anak yg dihntr ke playschool dan yg tidak dihantar..mmg ada beza..

Naura ni umur berapa tahun? anak lady pun ldy hantr sekolah seawal 4 tahun. sbb bimbang dia xpandai berkawan.

anak² sy semua dh sekolah 4 tahun spy belajar bersosial.. itu je yg penting.. nnt dh lama² pandai jugak membaca... selalunya budak yg sekolah awal ni umur 5 tahun dh kenal abc dan ada yg pandai membaca dh... follow the flow je... budak pempuan ni apatah lg yg sulung selalunya mmg progress laju

Bagus juga hantar playschool dulu. Banyak belajar skills. Lepas ni asah minda pula.

anak-anak mesti seronok pergi playschool . macam-macam aktiviti ada ..tak membosankan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top