Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Makan Tengahari Di Warong Buana Santapan Menggamit Kenangan

 Assalamualaikum


Makan Tengahari Di Warong Buana Santapan Menggamit Kenangan | Sempena Thaipusam ni plan asalnya nak balik kampung dan sekali bercuti dengan mama dan adik ipar di Pantai Timur tapi terpaksa batalkan sebab Sabtu ni ada pendaftaran sekolah Naura. Jadi plan bertukar ke jalan jalan Melaka. 


Mulanya mama nak breakfast di RNR Seremban tapi malangnya tengah renovation jadi kami follow je kereta mama dari belakang sampailah nampak signboard Warong Buana. Warong Buana ni terletak dalam kawasan kampung berhampiran dengan sungai. Ada glamping tau kat area sini. 

Di Warong Buana ada pelbagai pilihan menu masakan kampung masak lemak cili padi. Masa aku sampai tadi tak ramai orang lagi dan yang ada geng biker dan geng cikgu sekolah. 

Menu pilihan kami, masak tempoyak daun kayu, masak lemak telur itik, masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut, masak lemak pisang muda, ayam goreng, telur dadar, ikan keli berlado. Makanan semuanya sedap. Mama paling suka tempoyak daun kayu kat sini. Menambah nambah nasi. Alhamdulillah.

Air sirap sejuk boleh refill sampai kembung perut. Sedap weh panas panas pekena air sirap. Sedap elok tak manis sangat. 

Harga affordable dan yang penting rasanya sedap. Jadi berbaloi dengan wang yang di belanjakan. Makan tengahari di taja oleh adik ipar. Semoga murah dan luar rezeki. Aamiin..

Sekeping gambar untuk kenangan. Susah betul nak dapat gambar elok. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang sebelum check in. 

Warong Buana
No 64 Jalan Kampung Gaing
Kampung Gaing
71400 Pedas
Negeri Sembilan
010-799 0376


P/S : Perut kekenyangan.. Mata mengantuk.. 


6 Comment for "Makan Tengahari Di Warong Buana Santapan Menggamit Kenangan"

Kami datang untuk sarapan saja. Belum waktu lunch. Bestnya.

laukpauk ns sedap2 kan
rasa lalu nmpk kedai ni tp blm. dpt singgah. suami suka singgah kat rembau mknan ns jga

lauk siput sedut. favourite tu. mesti podeh ni

5 jenis masak lemak tue . Alahai kecur air liurr . Paling feveret CCL masak lemak tempoyak daun kayu , masak lemak daging salai & masak lemak siput sedut . Marvelousss

harga berpatutan, makan pun nampak sedap. suka tgk kawasan luar kedai cantik

Hanya pernah lalu je, sebab dah mengopi kat kedai depan dia, Bianglala tu. Best kan vibes kampung sini. Masakan kampung pun nampak menyelerakan.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top