Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Free Diaper Untuk Naura

 Assalamualaikum...

Pengalaman Free Diaper Untuk Naura | Finally Naura free diaper juga cuma time emergency je aku akan pakaikan diaper contohnya kalau perjalanan yang agak jauh dan sukar nak berhenti memang aku pakaikan diaper. Hari ni merupakan hari dua puluh dua Naura tanpa diaper. DAH BEBAS DAN MOMMY BERJAYA WALAUPUN AGAK LAMBAT.


Sebenarnya aku nak bebaskan Naura dari Diaper masa umur 3 tahun tapi masa tu aku tengah pregnant Aryan dan memang aku tak larat nak hadap benda benda gini. Mama ada tegur aku dan bagitau kami adik beradik umur 2 tahun dah free diaper. Bila ingat balik, dulu pakai lampin dengan ikat getah tu. Sekarang dah mudah tak perlu nak basuh lampin. Pakai buang je. 

Ok berbalik kepada entri ni, masa pregnant Aryan, aku beli tandas untuk potty train kat Aeon. Untuk permulaan aku ajar Naura guna masa mandi dan aku perasan Naura pun belum sedia nak free diaper. Jadi mommy pun give up hingga Naura dah masuk play school. Aku dan mula risau dan kena bertindak sebab tak lama lagi dah nak masuk sekolah dah. Hari biasa Naura pakai panties siang hari dan setiap kali nak keluar dia nak pakai diaper. 

Satu hari tu, aku ke Cheras dan dari Cheras terus ke Selayang. Aku buat buat lupa nak pakaikan diaper dan bila dah jauh perjalanan baru Naura perasan tak pakai diaper. Alhamdulillah sampai Cheras ok je. Dalam perjalanan Cheras ke Batu Caves Naura bagitau nak terkencing tapi dia cakap tak pe boleh tahan. Jadi, aku biarkan je la sampai la dia dah tak tahan dan terkencing. 😭😭. Nak marah tapi kena sabar. Marah sebab najis tapi tu la, kena kental. Masa last day playschool adalah hari terakhir Naura pakai diaper. Masuk tahun baru aku tak pakaikan diaper pun. 

Alhamdulillah 7 hari berjaya dan masuk hari ke lapan terkencing kat tempat tidur waktu malam di sebabkan aku lupa nak suruh dia pergi toilet sebelum tidur. 

Cara aku untuk elakkan Naura terkencing waktu malam, pastikan tiada pengambilan air manis selepas jam 7 malam kecuali susu. Kalau minum air manis, kebarangkalian untuk terkencing di waktu malam adalah tinggi walaupun dah suruh pergi toilet sebelum tidur. Kalau dia sedar waktu malam, Alhamdulillah tapi kalau terbabas, pening juga mommy nak settle tempat tidur yang kena air kencing tu. Mencabar ye. Nasib baik ada sarung tilam waterproof. Selamat tilam !! Kalau dinner kat luar, memang aku make sure air kosong sahaja, tiada air manis. Ghisauu ye. 


LANGKAH UNTUK AJAR ANAK POTTY TRAINING

Kredit : Hello Doktor

Tunggu turn Aryan pulak. Orang kata anak lelaki lagi susah nak potty train ni. Betul ke? 


P/S: Monday Blues betul hari ni...


12 Comment for "Pengalaman Free Diaper Untuk Naura"

mcm susah jugak nak ajar anak..dh nk masuk 3 tahun

si adik anak lady tu 4 tahun baru xpakai pempes.. dan sampai ke hari ni malam masih pakai pempes.. huhu..

syabas kat naura, bijak dan pandai.. Alhamdulillah... jadi anak solehah yer nak..

Pia pun lewat free diaper dalam umur 3 tahun lebih,bebel juga neneknya cucu dah pergi school tapi masih pakai diaper..

Saya pun dulu susah sangat nak hentikan anak-anak pakai lampin pakai buang. Dah masuk tadika, barulah tak pakai... itu pun cikgunya yang ajar. Aduhai....

Kena banyak sabar apabila Naura terkencing. Memang banyak kerja dan usaha untuk buat tidak pakai lampin.

P.S: Tq lawat dan komen blog saya. Sudah ikuti (follow) balik blog ini.

tahniah mommy & naura... zaman sy dh berlalu.. tp dulu anak² masuk je playschool terus pandai... train kat umah selalu je terbabas tp bila dh sekolah auto pandai.. hehehe

sama je lelaki perempuan... anak MY 6 orang.. masuk sekolah tadika baru free diapers. yang bongsu ni dah 7 tahun masih pakai diapers lagi

kesabaran adalah resepi utama dalam training ni... hati mesti kental... hehehe

Mmg kena ada pampers pants ni dlm kereta lagi2 sesi tgh belajar tak pakai pampers hahaha.. sebab sekali banjir hurmmm jenuh gak nak mengemas.. lagi2 anak ramai hahaha mmg tahap kesabaran agak nipis :P

yang nombor 4 tu comel je. parents kena sabar banyak-banyak ye

Kesabaran kena tinggi . Mujur pakai cadar yang waterproof tu . Ringan la beban sikit

potty training ibu2 kena byk bersabar. tapi bila anak dh pandai mmg nikmat sgt kan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top