Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Western Sedap Di Gombak Pak Uda Kitchen & Grill Batu Caves

Assalamualaikum... 


Western Sedap Di Gombak Pak Uda Kitchen & Grill Batu Caves  | Malam new year hari tu, Lurviey ajak jalan jalan cari makan western dan semestinya pilihan kami kat Pak Uda Kitchen & Grill Batu Caves. Lepas solat Isyak terus gerak ke Pak Uda tapi tempat pula full. Maka berpusing pusing la dulu kat area situ. Pukul 9.30 baru ada tempat. Alhamdulillah... Kena cepat sebelum inta payung buat drama mengantuk. 

Kredit : Pak Uda Kitchen & Grill

Suka vibes kat Pak Uda ni, tenang je. Walaupun full tapi masih selesa dan tak panas. Our fave spot tapi masa datang ni, ada orang duduk kat situ. 


Ada juga manisan mulut di seperti kek, macaron dan lain lain. Aku tak pernah order kek kat situ tapi pernah makancmasa celebrate birthday cousin. Sedap juga. 


Nama menu dia unik ye dan yang pasti ianya sedap. Nak tengok menu sekarang ni kena berebut dengan Aryan sebab dia memang suka tengok gambar makanan. Tengok badan la macam mana. Hehe.. 


Menu pertama sampai. Snack untuk dua intan payung ni. Nugget 6pc RM6.50. Ni kira menu wajib order kalau datang Pak Uda ni. 


Air Lurviey order kopi ais dan air kosong. Intan payung minum air kosong je sebab dah malam. Kalau keluar malam memang aku tak benarkan minum air manis waktu malam selain susu. Kang asyik asyik nak ke toilet. 


Spagetti carbonara untuk dua intan payung.  Portion banyak dan memang sedap. Kuah dia creamy and thick. Compare dengan western yang aku pergi hari tu [ Baca SINI ] Pak Uda memang win di hatiku gitu. 


Aku pula order Jon Lenon Chicken Chop ( Grill Chicken). Fries dalam tu sikit sebab intan payung dah ambil makan da. Sos blackpepper dia sangat sedap. Boleh rasa kesedapan blackpepper tu. Coleslaw tu pun sedap cuma aku tak gemar sangat. Peningkatan usia mungkin. 


Lurviey pula order Hollywood Chicken Rice. Tak kenyang kalau tak de nasi katanya. Selalu kalau makan Pak Uda memang Lurviey order menu ni je. 


Alhamdulillah, kekenyangan. Sekeping gambar buat kenangan di masa hadapan. Hehe.. Sorang dah botak, sorang lagi dah macam Chibi Maruko Chan dah (nenek kata). 


Dah kenyang, pusing pusing Batu Caves dan masa pusing pusing tu, dapatlah tengok bunga api nak sambut new year. Plan nak pusing area 99 Wonderland lepas tu aku rasa macam malas pula. Baik balik duk rumah tengok Netflix. 


P/S : Cuaca mendung je hari ni.. 


8 Comment for "Western Sedap Di Gombak Pak Uda Kitchen & Grill Batu Caves "

Owh... ini dekat je dengan rumah mak uncle ni....

Alhamdulillah , kak ana seronok sekarang ni banyak cafe muslim owner menyajikan sajian western kan, mudah untuk kita nikmati tanpa ragu.. :)

Watak kartun yang comel.. heehe
Kartun di dunia realiti

layan western sebelum layan bunga api new year..vibesnya lain macam..

Nak pergi jauh la pulak tapi nampak menyelerakan hidangannya.

Suka jugak vibes resto macam ni. Chicken grilled tu favourite. Banyak pilihan makanan satu tarikan juga tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top