Assalamualaikum...
Review Ubat Jerawat Clindamycin ~ Tiga bulan lepas muka aku breakout teruk. Walaupun dah remaja bangka pun jerawat masih belum bercerai denganku lagi. Dulu jerawat disebabkan suntikan depo then tiga bulan lepas pun aku dah stop depo gara gara terlepas tarikh suntikan. Jadi aku fikir stop je la terus.
Aku decide nak cari ubat kat farmasi. Dulu masa zaman belajar penyelamat aku adalah Dalacin-T . Nak beli dulu pun bukan mudah. Siap kena tulis nama lagi bila beli. Tak silap aku dulu aku beli kat Watson lepas tu kena tulis nama kat satu log book tu. Ada sesetengah tempat kena ada surat doktor baru boleh beli.
Last month aku pergi ke Health Lane dan tanya phamacist ubat jerawat dan pharmacist terus cadangkan Clindamycin 1% Topical Solution ni. Then aku tanya "sama macam dalacin-T kan?" Pharmacist jawab sama cuma dalacin-t tu tak de dah sebab tak de tulis ingredient kat botol katanya.
REVIEW UBAT JERAWAT CLINDMYCIN TOPICAL SOLUTION
- Harga masih mampu milik cuma kalau student tu pricey juga. RM40+. 1 botol =30ml
- Cara penggunaan semudah dab dab dab je kat jerawat. Jangan sapu seluruh muka pula
- Bila sapu tu kat tekak akan terasa pahit. Walaupun hanya sapu kat luaran tetap terasa kat tekak. Sama macam dalacin-T juga
- Berkesan mematikan jerawat.
- Mengeringkan kulit muka, jadi jangan lupa moisturizer. Wajib pakai moisturizer.
- Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan juga BF jadi kalau yang sedang mengandung jangan cuba cuba nak pakai.
6 Comment for "Review Ubat Jerawat Clindamycin "
Alhamdulillah Ldy jenis jrg ade jerawat... huhuhu..
Wah, kenacuba pada suami ni, dia suka cuba ubat jerawat baru, hehe. Salam kenal dari saya.
dulu pernah gak guna Dalacin-T. sama lah kita dah remaja purba pun dok bergaduh dengan jerawat lagi
Bab jerawat ni selalu Dania la yang nak mencari ubatnya. Nasib baik sekarang ok dah mukanya....Kalau banyak kat muka boleh buat rendah diri jugak.
Jerawat ni musuh utama. Geram betul kalau muncul tiba-tiba. kalau pakai face mask lagilah cepat dia keluar. Nanti bolehlah beli buat stok.
Bolehlah suruh anak bujang saya cuba nanti
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)