Assalamualaikum...
Terlalu Sibuk Atau Tak Pandai Manage Masa?| Dah masuk bulan 3 tahun 2024 dan bulan dua lagi aku dah kecundang nak update blog harian. Bila menghilang ni maknanya aku busy tak sempat nak jenguk blog langsung. Aku terlalu busy atau aku yang tak pandai manage masa?
Hari ni aku ikut Lurviey kerja kat Setia Alam pick up barang dan balik Selayang kemudian terus ke Keramat untuk drop barang office untuk training centre. Pagi tadi aku sempat jenguk blog Kak SA sebab terbaca Kak SA update bahawa Mak Pah meninggal dunia semalam. Agak terkejut juga sebab aku tak sempat baca entri Kak SA. Al Fatihah.
Sebut pasal update blog ni memang aku kagum la korang yang update blog setiap hari tanpa culas. Respek !! Aku ni dah cuba nak update blog setiap hari tapi gagal 😭.
Share sikit bila masa korang update blog ni?
P/S: InshaAllah esok aku ada masa nak update dan jenguk korang sebab esok aku duk rumah je. Dan aku cuba meluangkan masa hari Ahad aku untuk chillex.
6 Comment for "Terlalu Sibuk Atau Tak Pandai Manage Masa?"
Wak update blog ikut kesempatan.
Dapat 4 ke 5 entri sebulan pun jadilah.
Kita update blog waktu pepagi masa anak2 semua tgh tido.. time tu dpt update seperenggan dua atau tiga dah banyak bersyukur.. dan waktu sabtu ahad kalau pepagi tu dpt la bnyk sikit update sbb anak2 akan tido lebih lama hahaha :D
Tahniah, anda tersenarai sebagai pemenang segmen "Pencarian Bloglist Blog Sharhanah". Blog anda telah dipautkan ke dalam bloglist saya. Semoga ukhwah kita sesama blogger akan berpanjangan sampai bila-bila💐
samalah..berangan je nak update hari-hari tapi ke laut. saya update blog ikut mood. takde mood tak seronok menulis
Saya pun kadang kelaut. Ikut mood. Kalau ada idea, cepat cepat taip kemudian schedule je ikut masa yang kita nak.
mama update blog skrg bermusim. tapi once dah ada mood mmg laju la sebab mama suka buat schedule post
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)