Assalamualaikum....
Segalanya Berubah Total | Ala ala sinetron Indonesia gitu nak sebut berubah total. Hehe.. Lama betul aku tak update blog kat sini. Hai korang. Sorry la last time aku tak sempat nak berkunjung balas blog korang. Masuk je bulan puasa semuanya berubah. Rutin aku pun berubah juga. Dulu dari hidup bujang masuk alam perkahwinan tak de la berubah mana pun. Ada anak berubah sikit je dan masuk anak kedua pun kena adjust masa sikit je tapi bila Naura dah mula sekolah semua berubah. Mana aku nak urus anak sekolah, nak urus rumah, nak urus customer. Tunggang langgang juga jadual aku.
Next day dah start puasa. Fuhh, mencabar tahun ni puasa sebab puasa kali ni kerja memang guna kudrat dan dahaganya memang tak dapat nak cerita. Settle hal barang pejabat sibuk dengan posto posto capal pula. Dengan saiz, dengan warna dan dengan polisi shopee yang hold duit seller sampai lima belas hari baru release. Bayangkan peniaga kecil yang nak rolling duit. Ramai yang terpaksa on vacation mode sebab tak de modal nak rolling. Hurmmm...
P/S: Panjang pula nak rangkum kisah dalam satu entri.
3 Comment for "Segalanya Berubah Total"
ldy x pandai jual d shoppe... mungkin suatu hr ldy perlu belajar..
wa, bestnya naura sekolah pasti.. terasa Baem ade kawan ... :D..
Alhamdulillah boleh ambik Naura dengan kaki, kalau Ldy agaknye kene berkayuh dengan kerusi roda ni atau mintak jiran tolong ambikkan.,..
semoga dipermudahkan segala urusan.. insyaAllah slow2 dapat adapt dengan perubahan hidup..
Drama sungguh hari pertama sekolah anak.. ujian bateri kong pastu kena kejar anjing.. Allahu... Bertabahh laaa..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)