Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Musim Sakit Mata Berjangkit

 Assalamualaikum... 

Musim Sakit Mata | Bulan lepas bawa Naura ke klinik sebab demam dan akak kaunter ada bagitau sekarang musim demam denggi dan sakit mata. Sebut pasal sakit mata ni teringat zaman sekolah rendah dulu bila ada sakit mata je mesti ramai yang akan sakit mata. Tengok orang sakit mata pun boleh berjangkit tau ! Itu MITOS je !! 

Last week Aryan sakit mata dan aku syak mesti dapat dari tempat arcade game sebab sepanjang minggu lepas memang tak kemana mana pun kecuali ke M3 Mall bawa intan payung main kat situ. Pergi hari Jumaat, hari Isnin tu baru mata berair dan bertahi mata. Malam tu dah start bengkak. 


Pagi lepas hantar Naura pergi sekolah, terus ke Klinik Sakinah untuk jumpa doktor. Dapatlah 3 jenis ubat. Ubat titik, ubat gel dan ubat makan untuk tahan gatal. Alhamdulillah lepas pakai ubat titik tu nampak la better sikit. Hari ni dah masuk seminggu mata ada gatal gatal sikit lagi tapi dah tak bengkak dan merah dah. 

PERBEZAAN JENIS SAKIT MATA MERAH (KONJUNKTIVITIS)  


Setelah dua hari dalam keadaan berjaga jaga, kerap basuh tangan untuk mengelakkan daripada terjangkit, akhirnya tewas juga. Turn mommy pula lepas Aryan sebab mommy je yang uruskan mata Aryan. Bengkak macam kena tumbuk kat mata. Gatalnya memang aku tenyeh sekuat hati aku sampai merah merah dan pedih. Dah ok satu mata, eh berjangkit kat mata sebelah lagi. Semoga cepat ok mata sebelum balik kampung Khamis ni. InshaAllah. 

 

Aku pergi Healthlane Pharmacy je beli ubat mata. Eh sekali sama je ubat titis macam Aryan dapat kat klinik. Harga RM4.70 je. Cuma pharmacist tu cakap pakai 2 titik sehari tapi masa kat klinik Aryan kena titis setiap 2 jam. Apapun mata Aryan dah makin ok dan aku pula dalam proses nak baik. Azab wooo kena sakit mata ni.


P/S: Dah boleh buat checklist nak balik kampung. Berapa hari je lagi nak balik kampung



3 Comment for "Musim Sakit Mata Berjangkit"

Allahu kesian si comey kena sakit mata.. kalau sorang dah kena yg lain dalam satu rumah kena standby...

pernah kena masa kecik dulu.. memang menyakitkan sungguh sakit mata ni.. huhu..
kesian dia.. semoga baik2 je..

ldy xboleh tgk mata org sakit, terasa mata sendiri berair2.. hihi

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top