Assalamualaikum....
Pertama Kali Ke Pasar Pendekar Kampung Guntong | Walaupun rumah aku kat Pasir Puteh aku tak pernah jejak kaki ke Pasar Pendekar ni. Pasar Pendekar ni dah lama wujud tapi sejak viral kat tiktok terus ramai orang berkunjung ke sana termasuklah aku. Balik kampung minggu lepas, kebetulan mama, adik ipar dan biras nak jalan jalan ke Pantai Timur jadi kami konvoi ikut LPT.
Pagi Jumaat, mama datang ziarah mama dan papa aku dulu kat rumah sebelum gerak ke Pasar Pendekar. Dalam otak ni macam macam dah ni nak beli dan ambil gambar kononnya. Nak masuk simpang ke Pasar Pendekar 500m je tapi jalan jem ambil masa hingga 30 minit. Fuh, agak mencabar ye.. Dah masuk dalam, nak hadap parking pula. Nasib ada parking berbayar. Tiga hinggit !!
Tak sangka pula bila masuk kat sini macam macam ada dan sangat besar cuma masa aku pergi ni tak sempat nak pusing seluruh tempat sebab Aryan buat hal. Geram betul aku sebab tak dapat nak pusing kat sini. Kalau tak dek kerana mama adik ipar dan pak cik yang memang datang kat Kelantan memang kemalasan aku nak ke sini.
Ini budak buat hal lah. Mommy nak pusing satu pasar ni pun tak dapat. |
Warung makan pun ada kalau korang kelaparan. Mama siap makan dua kali nasi dagang. Kalau dah sampai dua kali tu memang menepati citarasa tekak mama la tu. Mama bukan senang nak makan kat luar ni. Aryan dan Naura makan roti canai dan Lurviey makan nasi berlauk. Aku tak selera sangat nak makan sebab aku dah terbiasa tak breakfast.
Geng gaduh mommy. |
Lepas siap makan semua sambung jalan jap. Aku nak repeat lagi kat sini balik kampung next time. InshaAllah.
P/S: Sedar tak sedar dah seminggu dah. Jumaat lepas aku kat Pasar Pendekar, dan hari ni aku dah kat sini. Semoga dipermudahkan urusanku , dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan untuk bekerja. Aamiin ya Rabb.
1 Comment for "Pertama Kali Ke Pasar Pendekar Kampung Guntong"
mesti sangat2 best pasat pendekar ni..
ada rezeki boleh try pergi sekali.. hihi
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)