Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tapai Pulut Daun Getah

Assalamualaikum... 

Tapai Pulut Daun Getah  | Hari Sabtu lepas aku tengok mama buat tapai pulut. Kalau sebut tapai ni memang dah sinonim dengan Kelantanese. Aku memang tak makan tapai. Pernah try sekali tapi memang tekak aku tak suka. Tahun ni ada daun getah jiran bagi, jadi aku ajak mama bungkus tapai guna daun getah instead of bekas kecil kecil tu. 
 
Mama pun sama tak pernah bungkus tapai guna daun getah tapi jiran dah ajar mama cara bungkus guna daun getah tu. Aku pula tak faham sampai ke sudah dan akhirnya gigihlah buka tiktok tengok cara orang bungkus tapai guna daun getah. Banyak kali ulang baru la boleh bungkus dengan tenang. Sekejap je dah siap. 


Tahun depan boleh open order tapai pulut. Hehe.. Syok pula main bungkus bungkus ni. Tiberrrr...  Raya dah habis baru nak post sini. Hadoiii... Itulah Naniey yang sekarang.. Taip lepas tu tak sempat nak publish.. 


P/S: Esok Rabu, PASTI Naura ada buat lawatan esok. Haish nak bekalkan apa la ye?


Tag : emovere
0 Comment for "Tapai Pulut Daun Getah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top