Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Dnar Hassan Western Food Sedap Dan Murah

 Assalamualaikum... 


Dnar Hassan Western Food Sedap Dan Murah  | Di sebabkan kecewa sikit makan western kat tempat tettttt yang dulunya memang jadi fave aku sekeluarga maka gigihlah kami google western mana yang sedap tapi dekat je. Aku jenis orang yang susah nak cuba makanan kat tempat baru ni takut tak sama seperti yang orang bagitau.


Last week aku decide pergi la cuba Dnar Hassan. Memula nak pergi makan western kat area Sg Pusu tapi tu la macam berbelah bagi pula jadi, kami pilih Dnar Hassan ni. Bila dah sampai sini aduhai tempatnya susah juga nak parking dan parking limited. Jadi kami parking seberang jalan. Sebenarnya dah 2 kali dalam masa seminggu kami repeat kat sini. 
 

Cara order sama macam TCRS, kena scan dan order dalam apps. Kemudian tunggu je makan sampai.Mudah dan cepat. Kakitangan pun tak perlu guna banyak hanya untuk ambil pesanan ni.

Aku cuba Lamb Chop kat sini sebab aku tengok ramai juga order lamb chop ni tapi ada yang habis makan dan ada yang makan tak habis. Kenapa eh? Tak pe, aku nak cuba rasa. Not bad pun rasanya. Sedap dan kuahnya pun cukup rasa. Harga RM10.80 sahaja. 

Lurviey order Grilled Chicken Chop. Lama sikit tunggu order nak sampai mungkin sebab grill aku. Aku perasan kalau order grilled chicken je mesti lambat sikit sampai kat mana mana resto. Lurviey cakap sedap rasanya dan memang akan repeat lagi makan sini. Approved !! Harga RM10.80 sahaja.

Intan payung kesayangan pula hantu spagetti jadi aku order Spagetti Carbonara. Kalau bolognese memang dorang reject. Harga RM12.80. 1 plate ni kongsi 2 orang. Harga RM12.80. Memang sedap sangat kuahnya bagi tekak aku. Creamy sangat. 

First time datang Dnar Hassan. Full House !
Selang dua hari kami repeat lagi kat sini. Hehe.Kali ni datang awal sikit sebab hari tu orang dah penuh dan susah nak dapat parking. Kali kedua ni lepas solat maghrib je terus gerak. Alhamdulillah orang masih belum ramai lagi. 

Lurviey order Nasi Goreng Chicken Chop. Nasi goreng tu macam nasi goreng cina rasanya. Sedap cukup rasa. Ayamnya pun besar. Harga RM12.80 sahaja. Murah kan? 

Gambar blur sebab melayan intan payung tak sabar nak makan. 

Aku order Aglio Olio Seafood sebab aku penggemar spagetti. Intan payung pergi mana mana pun memang carbonara je la. Agak terkejut juga bila tengok portion yang banyak, seafood pun banyak (udang dan sotong). Aku request pedas. Biasalah, tekak melayu memang suka pedas. Memang aku order ni je la bila datang makan sini. Hehe... Harga RM13.80.
 

Air mana air? Air aku tak order. Lurviey je order. Memandangkan anak aku ni tekaknya sensitif memang aku tak berani nak order kat luar ni dan dorang pun baru recovering dari demam. Air kat sini murah je. Paling mahal pun RM5.50 je tak silap aku. 


Dnar Hassan Western Food
Lot 633 Batu 4, Jalan Gombak 53000 KL
0176717714

 

P/S: Dah berapa hari tak keluar. Naura demam. I need fresh air. Tiberrr...


0 Comment for "Dnar Hassan Western Food Sedap Dan Murah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top