Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Hari Pertama Tahun 2025

Assalamualaikum.. 

Hari Pertama Tahun 2025 | Tahun baru maka bertambah la umur kan. Azam pula macam mana? Azam baru atau carry forward yang tahun lepas punya? Hehe.. 

Selfie tahun 2025 dengan intan payung semalam sementara tunggu nenek sampai. Adik ipar ajak keluar nak belanja makan sempena gaji pertama selepas confirm position as aeronautical engineer. Tahniah !! 

Tahun lepas tahun yang agak struggle bagi aku dan sebab tu memang aku tak de masa langsung nak update blog. Di tambah pula dengan alahan almost 3 bulan lagi la aku mereput je baring macam kain buruk. Tak larat langsung. 

Semoga yang indah indah sahaja tahun ni dan aku tertarik dengan kata kata 

Jangan mengkhuatiri sesuatu yang belum terjadi. Ujian jika ia turun, maka akan turun bersamanya kebaikan dan kasih sayang Allah.  "Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan" hingga Allah mengulanginya 2 kali. 

Jadi jalani dan nikmati je la hidup ni. Dalam nak menjalani hidup ni, aku dah rasa seram nak hadap MGTT esok dan labor room bulan 4 nanti. Hehe.. 


P/S: Azam tahun baru, cuba update blog serajin yang boleh macam korang. Busy busy pun sempat update. Share sikit masa bila korang update blog ni.

2 Comment for "Hari Pertama Tahun 2025"

Lamanyaaaaa tunggu Naniey update...akak doakan semuanya di permudahkan...

selamat tahun baru...moga tahun ni lebih baik dr yg lepas..aamiin..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top