Assalamualaikum....
MGTT Kali Kedua | Azab air gula pertama dah lepas, hari ni yang kedua. First time rasa loya gila macam nak terkeluar isi perut tapi aku buat tak layan je.
Hari ni juga check up dua puluh empat minggu. Yang paling aku tak sabar nak tengok result HB aku sebab HB aku menurun setiap kali check up. Pregnant Naura dan Aryan sebelum ni semua cun melecun.
Alhamdulillah result naik dari 10.7 ke 11.4. Berat je tiba tiba statik. Last check up naik 5kg sebab aku baru selera nak makan. Memang aku balun betul betul. Tengah malam pun bila rasa nak makan, aku masak je nasi. Jadi, tak hairan la kalau naik 5kg.
Settle check up terus pergi mamak pekena nasi kari banjir. Hehe . Result MGTT nurse bagitau kalau tak normal, dia akan call petang hari ni atau esok. Petang tadi tak de call masuk pun. Hopefully normal la. Tunggu esok pula or Isnin nanti. Risau jugak ni. Tak sanggup aku hadap GDM.
P/S: Esok Open Day Pasti Naura pula.
0 Comment for "MGTT Kali Kedua "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)