Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Open Day Pasti 2025

 Assalamualaikum... 

Open Day Pasti 2025 | Alhamdulillah settle pendaftaran Pasti tahun 2025. Dah masuk 6 tahun. Kejap betul masa berlalu.

Sementara tunggu giliran untuk pendaftaran, duduk sambil makan dulu. Tadi cikgu ada tanya nak daftar Aryan sekali ke. Hehe. Aryan baru dua tahun lebih. May ni baru 3 tahun. Lambat lagi boleh masuk sekolah. Sesi baru ni yuran bulanan dah naik dari RM170 ke RM200. 

Rambut dah makin panjang 😂

Settle pendaftaran pergi lunch dulu then intan payung ajak main arcade games pula. Mommy dah la malas, sakit pinggang dan cash tak de dalam tangan. Lepas tu nampak duit token tu boleh beli dengan QR Code. Memang sedap la aku scan je QR tu beli token. Bijak... Bijak .. Sebab sekarang zaman cashless. 

Tengok muka dorang happy, mommy dah happy. Buat masa sekarang memang tak dapat nak bawa pergi bercuti mana mana lagi sebab kerja tengah banyak dan tahun ni banyak benda nak kena settle. Aku pun makin sakit pinggang, sakit belakang kalau lama sangat duduk or berdiri. Alhamdulillah masih boleh solat macam biasa lagi. 

0 Comment for "Open Day Pasti 2025 "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top