Al Fatihah Papa
Assalamualaikum...
Kini tinggal kenangan. Akhirnya papa pergi meninggalkan kami setelah 8 tahun terlantar sakit. Papa dah tak sakit lagi dah. 8hb sehari sebelum papa pergi, mama buat video call. Sempat la aku tengok papa masa video call pagi tu. Mata papa hanya pandangan kosong tidak bercahaya seperti selalu.
9hb aku dah mula rasa 'contraction'. Jam 12 tengah malam aku ke PAC sebab dah mula kerap rasa contraction. Lebih kurang jam 3 pagi, adik aku call nangis nangis dan aku dah agak papa dah tak de. Tepat sangkaan aku. Tak tahu macam mana nak react melainkan aku memang dah bersedia dengan situasi itu. Redha. Dalam keadaan melayan 'contraction' tu aku sempat baca yasin untuk papa. Macam tak percaya papa dah tak de.
Alhamdulillah adik adik dan adik ipar semua tolong mama uruskan jenazah papa dan hantar tempat terakhir papa. Tak lupa juga saudara mara yang membantu.
Hari ni, 13 April mama akan ikut adik bongsu di Perak. Memandangkan anak anak semua kerja luar dari Kelantan jadi mama kena ikut sekali sebab tak nak mama sorang sorang kat rumah.
9hb April 2025 tarikh yang akan aku kenang.
- 9hb 2025 Papa meninggal
- 9hb 2025 Muhammad lahir ke dunia
- 9hb 2025 birthday Mama (MIL)
Sedekahkan Al Fatihah untuk papa ku ye..
Korang yang baca entri ni tolong doakan anak aku Muhammad cepat discharge dari NICU ye. Nafas Muhammad laju jadi kena pakai oksigen. Aku tak sabar nak bawa Muhammad balik rumah jumpa Kakak Naura dan Abang Aryan ni. Aku nak pantang dengan tenang di rumah.
P/S: Selamat Hari Raya korang !!!!!
0 Comment for "Al Fatihah Papa"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)